13 jam di dalam penerbangan ke London menaiki MAS A380, takdir menemukan Hana Sofea dan Syed Haydar, jejaka idamannya. Mencipta kenangan terindah di langit biru.
Mereka bergelar kekasih kayangan untuk empat jam, menari tango bersama, menjelajah seluruh pesawat bersama, merasai enaknya Caramel Latte bersama... Tapi tatkala MAS A380 mencecah lantai bumi, segalanya pergi bagai wap di udara.
" Hanna, thank you for last night... But I can't have cocaine all the time."- SYED HAYDAR
Melihatkan sendiri kemesraan Syed Haydar kekasih realitinya, si model jelita membangkitkan Hana Sofea daripada mimpi indah.
Di Kota London, A380 juga akhirnya menerbangkan Hana Sofea kepada Fawwaz Hussaini, jutawan kacukan Melayu-English-Arab. Tanpa sebarang sebab Emmel, anak angkat Fawwaz menyangkakan Hana Sofea ialah ibunya.
" My daughter likes you. If you're willing to let her call you mommy... I will pay you fifty buck per hour..." - FAWWAZ HUSSAINI
" Dapat hadiah tak?" - HANA SOFEA
" A pink Audi TT, is that okay?" - FAWWAZ HUSSAINI
" Saya nak Audi TT yang latest version aje. Yang lain saya tak nak." - HANA SOFEA
hadirnya Hana Sofea menghiasi kehidupan mereka sekeluarga bagaikan indahnya bunga popi mekar, munculnya sang jutawan bermata ambar yang kuat pegangan agamanya itu dalam hidup Hana Sofea pula bagai menyedarkan Hana Sofea tentang kasih sayang tuhan. Dan saat semuanya bagaikan baru bermula, Syed Haydar datang menuntut sebuah cinta...
" Saya rindu awak, Hana... Jangan cakap awak dah kahwin dan budak ni anak tiri awak, Hana." - SYED HAYDAR
Adakah mimpi akan kekal sebagai mimpi setelah waktu berlalu dan hari berganti?
... dan Dialah yang mengetahui jiwa setiap hamba-Nya...
My comment
Novel yang sangat-sangat luar biasa... Awesome!!! saya bagi lima bintang untuk novel ni. cerita yang banyak menyelitkan petikan ayat Al-Quran dan hadis. Membaca novel ni membuka mata saya tentang banyak benda yang saya tak tahu sebelum ni. Contohnya agama Islam yang sebenar-benarnya dan juga perbezaan antara agama Islam dengan agama-agama yang lain terutamanya yahudi dan Kristian. Ia juga memaparkan sudut pandangan orang yang tidak mempercayai tuhan (Atheis). Ia juga membuka mata kita bila melihat masyarakat islam kita yang telah ditindas selama ini oleh agama-agama lain dan bagaimana aksi masyarakat hari ini terhadap perkara tersebut.
Watak-watak yang digambarkan memainkan peranan masing-masing yang berjaya menghidupkan cerita di dalam novel ini. Antaranya watak Hana Sofea, Syed Haydar, Fawwaz Hussaini, Fido, Helena, Linda, Samuel, Tengku Adam Kamil dan Ariana Rose.
Watak Hana Sofea menunjukan perubahan hidup seorang wanita yang beragama Islam namun tidak mengamalkan ajaran Islam dengan sebenar-benarnya. Dia memendam rasa cintanya terhadap Syed Haydar selama tiga tahun dan apabila terjadinya pertemuan dengan lelaki pujaan hatinya menyebabkan melakukan sesuatu perkara mengikut kata hatinya tanpa menghiraukan pegangan agamanya. Namun pertemuan dengan Fawwaz Hussaini telah merubah dia menjadi seorang wanita Islam yang sejati. Takdir hidup mereka tidak seindah yang mereka harapkan kerana hanya Dia yang tahu segalanya.
Watak Syed Haydar pula adalah seorang lelaki yang hidup dipenuhi dengan kerja namun terkenal dalam dunianya yang tersendiri. Kejadian yang menimpa keluarganya membuatkan dia hidup dalam realiti yang tidak seindah mana. Namun perkenalannya yang singkat dengan Hana Sofea walaupun hanya sekadar tiga belas jam telah merubah keseluruhan hidupnya. hidupnya yang dulunya suram mula bermakna. Dia sanggup menunggu wanita kesayangannya tiga tahun lamanya. Namun keadaan akhirnya memaksa dia melakukan perkara yang dibenci oleh wanita tersebut. Tetapi adakah takdir memihak kepadanya.???
Watak Fawwaz Hussaini pula adalah seorang lelaki yang juga mempunyai masa lampau yang menyakitkan tetapi masih berpegang teguh kepada ajaran agama Islam. Namun kehadiran Fawwaz telah merubah keseluruhan hidup Hana dari seorang yang bebas bergaul menjadi seorang yang akhirnya menjaga maruah dirinya dan betul-betul mengenal erti Islam sebenar-benarnya. jodoh ternyata bukan milik dia dan Hana kerana akhirnya mereka terpisah jua.
Watak Fido, Helena, Linda, Samuel. Tengku Adam Kamil dan Ariana Rose pula adalah sebagai pemangkin sampingan yang membawa perubahan Hana Sofea dalam mengenal Tuhan. Perkenalan mereka ternyata adalah takdir oleh sang Pencipta.
Pada awalnya saya tidak berpuas hati apabila Hana terpaksa berpisah dengan Fawwaz dan berkahwin dengan Syed Haydar. Namun rupa-rupanya Syed Haydar banyak berkorban untuk hana demi merebut cinta sucinya dan ternyata jodoh mereka adalah kuat. Fawwaz pula hanyalah sebagai dorongan kepada hana untuk mengenal tuhan. (lagipun tajuk cerita sudah menunjukan kisah mereka berdua)... hehehe.. keseluruhannya novel ini sangatlah berbaloi untuk dibeli dan banyak input yang berguna di dalamnya. so, selamat membaca yer...