Sunday, 23 June 2013

~i'm home~

home sweet home..
akhirnya selepas 3 tahun boleh balik umah dah tak payah fikir fasal benda yang dipanggil esemen, klas, kuiz, midterm dan seangkatan dengannya. buat masa sekarang ni kita enjoy dulu, nak cari kerja pun rugi je sebab nak lama lagi nak start praktikal dah so baik duduk je kat umah. tapi bukan duduk saja-saja ek sebab kena la tolong mak buat kerja kat umah. lagipun mak sekarang ni dah tak berapa sihat n anak dia yang comey lote ni kena la tolong buat keje cikit-cikit.

adik aku plak haha baru nak try keje, sebelum ni dia tak pernah lagi kerja. kita tengok dia boleh bertahan berapa lama..kikiki (bukan mendoakan dia berhenti kerja cuma nampak macam dia tak serius pun dengan kerja tu). aku pulak insyaalah lepas abis praktikal teringin nak join dia kerja (kalau la dia still kerja lagi). sementara nak tunggu konvokesyen ujung tahun depan boleh la aku cari duit poket. lagipun banyak benda nak kena bayar oo..

 lagi satu kalau aku tak kerja mana aku nak cari duit nak tambah koleksi "darling-darling" aku tu.. banyak lagi novel terbaru yang aku belum beli ni. tak sempat nak beli dan tak cukup duit.. hehe. bila balik kampung ni syok sebab nak makan apa pun just bagitaw je mak. mak cakap aku kurus sangat dan dia suruh aku makan vitamin..hehe adik aku pulak dah terlebih besar dari aku ni. agaknya dia yang sedut semua zat-zat aku ni..( sori la mimie termengumpat sikit)

P/S: kena makan banyak-banyak sebelum masuk bulan puasa ni...

No comments:

Post a Comment