Saturday, 15 June 2013

~Novel Review - Sungguh Aku Gilakan Kau~


sinopsis

cinta? bagi Adriana cinta tak membawa apa-apa makna. sikit pun dia tak pernah ada hati nak bercinta. hubungan dengan mana-mana lelaki tak pernah kekal lama. bagi Adrianna, cukup hanya ada Danial sebagai kawan baiknya. Danial yang senantiasa ada setiap masa untuknya, Danial yang cool, suka mengusik, dan juga perasan kacak.!

"Danial! Nasib baik awak ni..."-Adriana
"handsome? Terima kasih.dah lama tahu."-danial
"perasan gila... Dalam mimpi pun awak takkan dengar."-Adriana
:Eh? Awak selalu mimpikan saya ke, Rene? Awak mimpi apa, ek?"-Danial

 Kahwin? Huh! dia bukannya tak laku tapi dia yang tak mahu. Demi memenuhi impian emak, dia merancang sesuatu di luar dugaan. Rancangan yang tak pernah dibuat dek orang! Tapi apa yang dirancang tak seperti yang dia mahukan. Akhirnya rancangan yang diciptanya sendiri telah membuatkan perasaanya berantakan.

Akhirnya rancangannya membuahkan hasil seperti yang diinginkan. Namun, perasaan lain pula wujud menyebabkan hatinya goyah untuk meneruskan nekadnya. Peristiwa demi peristiwa yang dialami menyebabkan dia semakin kuat dengan perasaan itu. 

"Janji dengan saya awak takkan jatuh cinta dengan saya?"-Adriana
"Then awak jangan buat saya jatuh hati dengan awak. Tapi kalau awak yang jatuh hati dengan saya pulak nanti?"-Danial

Bolehkan Adriana mempertahankan kata-kata angkuhnya untuk tidak jatuh cinta kepada Danial? Apa pula akan terjadi kepada hubungan persahabatan mereka berdua? Sungguh! Aku Gilakan Kau akan merungkaikan kemelut kisah mereka...

MY komen

Aku sukakan watak danial kerana seorang yang tidak mementingkan rupa paras bilamana dia sudi berkawan dengan Adriana walaupun diri Adriana pada masa itu agak montel. dia juga sanggup mengenepikan perasaan cintanya kepada Adriana kerana tidak mahu kehilangan hubungan persahabatan mereka. dia telah memendamkan perasaan cintanya terhadap Adriana selama lapan tahun. dia juga amat menjaga Adriana dari segi perhubungan dan juga pemakaian Adriana walaupun dia datang dari keluarga yang open dan bukan islam. Danial juga telah memeluk islam kerana jatuh cinta kepada agama islam walau pada mulanya dia memeluk islam kerana sukakan adriana.

Manakala watak Adriana AKA Rene pula akau suka kerana dia seorang yang menjaga batas pergaulannya walaupun dia tidak menutup aurat secara keseluaruhannya. dia juga amat menyayangi ibunya bilamana dia sanggup berkahwin dengan niat untuk mendapatkan cucu kepada ibunya walaupun dia tidak mempercayai hubungan perkahwinan. namun kadang-kadang sikap Adriana bagi aku agak melampau dan susah mendengar nasihat dari orang lain.

overall bagi aku novel ni aku bagi rating lima bintang, sebab jalan cerita dia best. ceritanya bermula dengan hubungan persahabatan dan seterusnya masuk kepada hubungan perkahwinan antara mereka dan akhirnya wujud perasaan cinta yang mendalam antara mereka. di dalam tempoh awal perkahwinan mereka munculnya pelbagai konflik yang menarik dan menjadi asam garam kepada rumah tangga mereka. disertai juga dengan sifat romantik Danial  dalam meraih cinta Adriana dan sifat keras kepala dan ego Adriana keran tida mahu mengakui perasaan cintanya kepada danial...

P/S: sori tak berapa pandai nak review novel sebab baru nak belajar buat..hehehe

No comments:

Post a Comment