ni adalah percubaan pertama menulis cerpen, saja nak mencuba sebab dapat cabaran dari abang.. dia cakap "dari kau asyik baca novel je baik kau tulis novel dapat jugak income". aku pun balas "aku minat baca novel tapi aku tak berapa minat menulis ni, lagipun nak menulis novel ni bukannya senang sebab nak kena guna fakta yang betul dan ada step-step dia yang tertentu". so enjoy la cerpen tak seberapa aku ni
Kasih bertaut lagi
Wafa Qistina
menolak troli yang mengisi barang-barang dia dan anak-anak kembarnya keluar
dari balai ketibaan KLIA. Dikiri dan kanannya kembar tersebut berjalan sambil
memegang bajunya. Iman Humaira dan Irfan Haqim pasangan kembar
yang menjadi buah hatinya dan penguat semangatnya selama dia belajar di England
selama ini. Anak-anak yang dilahirkan disana tanpa mengenali dan merasai kasih
seorang ayah.
Perasaan Wafa
cuak apabila memikirkan ini pertama kali dia pulang ke Malaysia setelah lima tahun dia merantau ke sana untuk tujuan
belajar selama tiga tahun dan selebihnya mencari pengalaman bekerja. Sebenarnya
dia teringin balik ke Malaysia, namun kisah silamnya menyekat keinginan itu.
Namun dia sedar bahawa dirinya masih terikat dengan status isteri seseorang.
Peristiwa yang
berlaku lima tahun yang lepas menyebabkan dia membawa diri. Kesempatan itu
terbuka apabila dia ditawarkan untuk menyambung belajar di England dalam bidang
yang telah lama dia minati iaitu bidang kejuruteraan. Dengan keputusannya yang
cemerlang dia diterima untuk belajar di University of Sherfield di England.
Setelah tiga bulan memulakan pengajiannya dia disahkan mengandung. Perasaannya
ketika itu berbaur samada gembira ataupun sedih.
Namun, kelahiran
kembar tersebut telah menceriakan hari-harinya di sana. Kesusahannya ketika
mengandungkan mereka ketika belajar dirasakan satu rahmat kerana menjadi
penguat semangatnya selama ini. Dia
berharap sangat mereka dapat memulakan hidup baru semetelah ini adalah kali
pertama anak-anaknya pulang ke Malaysia.
Tiga bulan telah
berlalu sejak Wafa pulang ke tanah air. Dia sekarang telah mula bekerja di
syarikat pembinaan yang agak gah di Malaysia iaitu syarikat Mentari sdn.bhd.
Dia bernasib baik kerana keputusannya yang cemerlang ketika belajar dahulu
beserta dengan pengalaman kerja yang dimilikinya menyakinkan para penemuduga
ketika memohon pekerjaan dahulu. Anak-anaknya pula telah selesa tinggal di
Malaysia dan ditempatkan di tadika yang berdekatan dengan rumah mereka. Rutin
hidupnya selama beberapa bulan ini hanyalah kerja dan rumah.
Dia bernasib
baik kerana selama dia balik, dia belum pernah lagi berjumpa dengan keluarganya
ataupun orang-orang yang tidak ingin ditemuinya. Khabar mereka juga tidak dia
ketahui kerana sudah lama dia tidak menghubungi mereka. Hubungannya dengan
keluarganya juga tidak baik kerana sejak mengahwinkan dirinya dengan lelaki itu
keluarganya telah menyisihkan dirinya. Dia sedar ayahnya tidak sukakan dirinya
kerana dia dianggap anak yang menyebabkan kematian ibunya. Semetelah pula
ayahnya telah berkahwin lain dan ibu tirinya juga tidak menyukai dirinya. Namun
adiknya itu amat rapat dengan dirinya.
Pagi itu
kelam-kabut Wafa apabila kedua-dua anak kembarnya deman. Anak-anaknya itu
apabila sakit selalu serentak. Mungkin inilah dikatakan telepati antara kembar,
mesti bersama ketika sakit ataupun sihat. Dia terpaksa meminta cuti pada hari
itu untuk membawa kedua-dua anaknya itu
ke klinik yang berdekatan.
“doktor macam mana dengan anak-anak
saya, teruk ke sakit mereka” wafa merasa cemas. Dia tidak mahu apa-apa perkara
yang buruk berlaku ke atas jantung hatinya itu.
“alhamdulilah, anak-anak puan tiada apa-apa. Mereka Cuma deman sahaja, mungkin disebabkan perubahan cuaca” Wafa merasa lega.
“alhamdulilah, anak-anak puan tiada apa-apa. Mereka Cuma deman sahaja, mungkin disebabkan perubahan cuaca” Wafa merasa lega.
“ye la kot. Selama ini mereka dah biasa dengan cuaca sejuk tapi bila balik sini cuaca panas sangat. Mereka masih tak biasa” Wafa menjelaskan. Doktor muda tersebut hanya senyum mendengar kata-kata Wafa.
“puan hanya perlu pastikan mereka tidak terlalu kerap berjemur panas dan lebihkan minum air putih” doktor Azam menjelaskan lagi.
Dia memerhatikan kedua-dua kanak-kanak tersebut. Dia merasakan seoleh-olah kenal raut wajah mereka. Mata dan bibir mereka menyerupai sahabat baiknya ketika belajar dahulu bahkan masih lagi bersahabat sampai sekarang. Namun mustahil kerana sehabatnya itu masih belum mempunyai anak sejak berpisah dengan isterinya dahulu. Namun sahabtnya itu mempunyai seorang lagi isteri yang di sia-siakannya. Dia tidak sempat mengenali isteri pertama sahabatnya itu kerana ketika itu dia bertugas di kawasan pedalaman Sabah. Setelah ditukarkan kembali ke sini isteri temannya itu telah pergi membawa diri. Untuk mendapatkan kepastian dia melihat borang pendaftaran kanak-kanak tersebut. Dia agak terkejut kerana nama bapa kepada mereka adalah nama sahabatnya. Dia meraupkan wajahnya kerana merasa betapa ruginya sahabatnya itu.
Izzat Farhan melangkah masuk ke bilik
sahabatnya itu setelah mendapat keizinan dari tuannya. Dia tersenyum sambil
menarik kerusi lantas duduk di depan Azam, teman baiknya sejak dahulu.
“apahal bro kau nak jumpa aku sampai suruh aku datang jumpa kau kat klinik ni. Biasanya kau kalau nak jumpa aku suruh belanja makan je.” Doktor Azam tersenyum mendengar kata-kata Izzat.
“kau ni asal jumpa aku makan je yang kau ingat, kau ingat aku takde keje lain ke selain dari tu. sebenarnya aku ada hal penting nak Tanya kau ni.” Azam menunjukan wajah seriusnya.
“aku nak tanya siapa nama isteri kau dulu” Izzat menunjukan wajah peliknya mendengar soalan kawannya itu.
“apahal kau ni, deman ke. Bukan kau kenal ke bekas isteri aku tu si Shiela.”Izzat menjelaskan lagi.
“bukan Shiela tapi maksud aku isteri pertama kau dulu, yang kau cakap korang kahwin sebab desakan keluarga.” Izzat terdiam mendengar pertanyaan kawannya itu.
“korang masih ada hubungan lagi ke kau dah bercerai dengan dia” Tanya Azam lagi.
“dia sebenarnya sepupu aku, nama dia Wafa atau lebih tepat lagi Wafa Qistina. Setahu aku kitaorang belum bercerai lagi sebab dia hilang macam tu aje lepas beberapa bulan kami kahwin dan aku pun takde dapat apa-apa berita dari dia lepas tu.” Terbayang wajah Wafa di mata Izzat. Dia teringat bagaimana layanan dia terhadap wanita tersebut sepanjang lapan bulan mereka hidup bersama. Hanya kedinginan layanannya terhadap wanita tersebut namun Wafa masih melayan dirinya dengan baik. Namun kata-kata terakhirnya sebelum wafa bertindak meninggalkan dirinya masih terngiang-ngiang di fikirannya.
“saya dah cakap yang saya dah ada orang yang saya sayang sebelum ini, so sekarang ni saya nak kahwin dengan dia. Sama ada awak setuju atau tidak saya tetap akan kahwin dengan dia, lagipun perkahwinan kita ini disebabkan oleh keluarga. Sama ada awak nak teruskan perkahwinan ini ataupun nak bercerai terpulang kepada awak, saya ikut je.” Izzat menegaskan.
Setelah beberapa
minggu berkahwin dengan shiela dia pulang ke rumah wafa untuk mendapat kata
putus dari Isteri pertamanya itu. Namun kepulangan itu disambut dengan kejutan
kerana isterinya itu telah pergi dari rumah tersebut. Yang tinggal hanya
sepucuk surat yang mengandungi kata-kata maaf dari wanita tersebut. Baginya
pemergian Wafa adalah perkara terbaik yang berlaku pada ketika itu kerana
Shiela telah mendesaknya untuk menceraikan isteri pertamanya itu.
“aku nak kau tengok benda ni” kata-kata Azam mematikan lamunan Izzat tentang isterinya itu. Dia mengambil kedua-dua borang tersebut dan membacanya.
“Irfan Haqim “ dia membacanya dan terus kepada kertas kedua.
“Iman Humaira. Apa kaitannya nama-nama ni dengan aku, bakal pesakit aku ke” tanyanya lagi sambil ketawa.
“cuba kau baca nama ibu dan ayah mereka” Azam menyuruhnya lagi.
“Wafa Qistina dan Izzat..tt Farhannn..” tergagap-gagap Izzat membacanya. Dia terkejut apabila terdapat namanya dan nama wafa di atas kertas tersebut.
“aku rasa mereka adalah anak-anak kau, lagipun umur mereka sama dengan tempoh masa Wafa tinggalkan kau.” Izzat merasa terkejut dengan kenyataan kawannya itu. Pelbagai perasaan timbul dihatinya ketika itu apabila mengetahui bahawa dia mempunyai anak selama ini. Dia merasa gembira namun agak marah kerana Wafa menyembunyikan perkara sebesar itu darinya selama ini. Namun dia tidak boleh menyalahkan isterinya itu kerana dia yang memulakan segala kesengsaraan tersebut.
Wafa berdiri di
balkoni biliknya, terasa panas pula malam ini.
Angin sepoi-sepoi bahasa menyejukan dirinya. Dia keluar ke balkoni
setelah menidurkan kedua-dua anaknya itu. Dia merasa bersyukur kerana deman
anaknya itu hanya melarat selama beberapa hari. Esok dia sudah boleh memulakan
kerjanya semula.
Dia melihat
sebuah kereta Toyota Harier yang diparkir tidak jauh dari rumahnya itu. Telah
beberapa hari dia melihat kereta tersebut namun dia menganggap kereta tersebut
adalah kereta jiran-jiranya. Maklumlah kawasan perumahanya itu adalah kawasan
yang agak elite. Setelah puas melihat suasana malam wafa masuk ke biliknya
semula kerana telah merasa mengantuk. Ketika dia mahu menutup pintu sliding dia
perasan yang kereta tersebut mula bergerak pergi.
Hari minggu itu
Wafa membawa anak-anaknya pergi ke taman rekreasi berdekatan dengan rumahnya
kerana mereka merengek mahu keluar. Kebosanan mungkin anak-anaknya apabila asyik
menonton kartun sahaja. Bersorak mereka apabila Wafa mahu membawa mereka
keluar. Wafa hanya tersenyum melihat gelagat mereka.
“mama bila papa nak datang sini, Irfan bosan la. Iagipun irfan rindu kat papa.” Wafa hanya tersenyum mendengar pertanyaan anaknya itu. Baginya papa yang diamaksudkan oleh anak-anaknya adalah suami kepada pengasuh mereka di sekolah tadika. Dia ada berjumpa dengan pasangan tersebut ketika mengambil anak-anaknya dahulu.
“a’ah la mama iman pun rindu kat papa. Papa baik dia selalu bawa kami makan aiskrim dan jalan-jalan.” Tambah Iman pula.
“mana boleh sayang, papa pun ada anak-anak dia sendiri. Irfan dengan Iman kalau nak jumpa papa kena tunggu kat sekolah, okey.” Pujuk Wafa.
papa mana ada anak la mama, dia cakap kami je anak dia sebab tu dia sayang kami.” Irfan berkata pula. Wafa hanya tersenyum dan menganggap kata-kata anak-anaknya itu sebagai kata –kata kanak-kanak yang tidak tahu apa-apa.
"takpe la nanti mama bawa Irfan dengan Iman jalan-jalan dan beli aiskrim. Tu kat depan tu ada jual aiskrim.” Pujuk Wafa lagi. Anak-anaknya menjerit kesukaan apabila dijanjikan aiskrim. Mereka terus berjalan sambil berpegang tangan.
“ehh.. papa, papa…”
Tiba-tiba Iman
menjerit memanggil seseorang dan terus meluru mendapatkan orang tersebut. Irfan
juga turut berbuat demikian. Terkejut Wafa melihat tindakan anak-anaknya itu.
Dia memerhatikan lelaki yang anak-anaknya panggil papa.
“Izz…aaatt..” wafa tergaman.
Izzat terkejut
apabila anak-anaknya meluru mendapatkan dirinya. Dia sudah tidak dapat
melarikan diri lagi dan terpaksa berdepan dengan isterinya itu. Dia tidak
sangka tindakannya mengekori isteri dan anak-anaknya dari jauh itu terbongkar
apabila Iman ternampak dirinya. Kelihatan Wafa yang tergaman melihat dirinya.
Sebenarnya sejak
mengetahui kewujudan anak-anak dan isterinya itu dia selalu mengikuti
perkembangan mereka, bahkan dia telah mengupah seorang penyiasat untuk
menyiasat segala pergerakan keluarganya itu. Setelah mengetahui keberadaan
mereka dia telah pergi ke sekolah anak kembarnya itu. Tidak susah mahu berjumpa
dengan mereka kerana raut wajah mereka yang sama mengukuhkan lagi kepercayaan
guru-guru di sana bahawa mereka anak-beranak. Selain itu, dia juga selalu
mengintip mereka dirumah. Telah beberapa kali dia melihat Wafa di balkoni
biliknya mengambil angin malam.
Dia merasakan
bahawa isterinya itu semakin cantik. Mungkin seiring dengan usianya yang semakin
matang. Ditambah lagi dengan gelaran ibu yang dimilikinya menyerlahkan lagi
kematangan usia dan wajahnya. Sambil mendukung Iman dan memimpin Irfan dia
mendekati Wafa yang nampak kaget. Wafa berdiri tegak kerana tidak menyangka
kewujudan mereka selama ini diketahui oleh Izzat. Dia ingatkan tiada siapa yang
tahu keberadaan dirinya selama ini. Matanya tidak dapat lagi menanggung air mata
yang semakin memberat lalu turun membasahi pipi.
“kenapa Wafa larikan diri selama ini, kenapa tak bagitau saya yang awak mengandung”
Izzat menujahkan
soalan. Dia tidak dapat lagi menanggung perasaan bersalahnya itu.
“kalaulah saya tahu…”izzat tidak dapat lagi meneruskan ayatnya itu. Dia merasa penyesalan yang teramat.
“kalaulah saya tahu ape, kalau awk tahu awak nak ambil budak-budak ni.”terjah Wafa. Dia tidak dapat memikirkan ayat yang bakal dikatakan oleh Izzat. Dia merasa takut akan kemungkinan itu. Dia takut lelaki itu akan mengambil anak-anak mereka kerana marah akan dirinya yang menyorok kewujudan Iman dan Irfan.
Izzat melepaskan
anak kembarnya itu dan menyuruh mereka bermain di kawasan yang disediakan.
Sekarang adalah masa untuk mereka berbincang. Baginya pertemuan ini memang
sepatutnya berlaku kerana sampai bila dia mahu menyorok untuk berjumpa dengan
anak-anaknya. Dia meraup wajahnya kerana tidak tahu mahu berbuat apa.
"saya rasa lepas ni awak tak payah jumpa lagi dengan diorang. Lagipun awak dah ada tanggungjawab yang lain dan saya tak nak mereka marah kerana mengganggu masa awak.” Sambung Wafa lagi. Izzat terkedu.
“kenapa pula, mereka ini anak-anak saya. Takkan saya tak boleh jumpa dengan anak-anak saya sendiri. Awak tak boleh halang saya sebab saya ada hak keatas mereka.”tukas Izzat. Wafa terkedu.
“hak awak… hak awak dah lama hilang sejak awak buang saya dari hidup awak dulu.“ balas Wafa lagi. Saya rasa kita pun dah takde apa-apa hubungan, dah lebih lima tahun awak tak bagi apa-apa nafkah dekat saya. Menurut hukum lebih dari tiga bulan awak tak bagi apa-apa nafkah dekat saya perkahwinan kita secara automatiknya akan… awak faham sendiri la kan.” Wafa tidak dapat menyebut perkataan tersebut kerana sememangnya dia sayang akan perkahwinan mereka.
“siapa cakap. Saya ada bagi nafkah zahir dekat awak tiap-tiap bulan, saya masukan dalam akaun awak selama ini. Nafkah yang satu lagi tu tak dapat nak beri la sebab awak hilang macam tu je.” Sempat lagi Izzat bergurau. Sememangnya walaupun dia tidak mencintai Wafa dia tetap menjalankan tanggungjawabnya terhadap perkahwinan mereka. Buktinya wujud kembar tersebut walaupun mereka hanya sempat tinggal bersama selama beberapa bulan. Dia tersenyum apabila memikirkannya.
Wafa terdiam mendengar kata-kata suaminya itu. Sudah lama dia tidak membuka akaun banknya itu. Dia telah membuka akaun lain kerana tidak mahu dikesan keberadaannya. Dia terfikir agaknya beribu duitnya yang di beri oleh lelaki itu. Tanpa melengahkan masa Wafa bergerak kearah anak kembarnya itu dan mengambil mereka untuk dibawa pulang. Dia tidak sanggup lagi berdepan dengan suaminya itu.
“saya harap lepas ni awak tak halang saya dari berjumpa dengan Iman dan Irfan. Lagi satu awak tu masih lagi isteri saya so saya harap awak tahu kedudukan awak sebagai isteri saya.” Kata Izzat sebelum melihat Isteri dan anak-anaknya itu meninggalkan dia sendirian di situ.
Izzat termenung
di balkoni rumahnya. Dia teringat akan anak-anak kembarnya. Dia merasa tidak
percaya bahawa dia sudah mempunyai anak. secara tiba-tiba dia rindukan mereka
dan dia ingin selalu berada disisi mereka, melihat mereka membesar. Masih
terbayang lagi wajah isterinya itu, dia merasa amat bersalah terhadap Wafa.
Dulu dia yang
bersungguh-sungguh cintakan Sheila sehinggakan sanggup mengguris hati Wafa.
Wafa terlalu baik terhadapnya. Dah la dalam usia yang muda dipaksa berkahwin
dengannya, lepas tu disisihkan keluarga pula. Sememangnya dia tahu pak ngah
Zainal iaitu bapa saudaranya merangkap bapa mertuanya itu membenci isterinya.
Dia tidak tahu mengapa namun tidak terluah di mulutnya untuk bertanyakan
sebabnya. Bahkan selama isterinya itu hilang tidak sekalipun mereka bertanyakan
keberadaan wanita itu ataupun keadaan rumah tangga mereka.
Namun ibu dan
ayahnya pula yang bersungguh-sungguh menyayangi wafa, apabila berita kehilangan
wanita itu sampai ke telinga mereka, apalagi mengamuk sakan la. Ibunya
bersungguh-sungguh menyuruh dia mencari isterinya itu. Namun disebabkan sibuk
dengan kerja dan perasaan sayangnya yang menebal terhadap Shiela ketika itu
menutup pintu hatinya untuk mencari Wafa. Dia ketika itu baru sahaja memulakan
tugasnya sebagai seorang doktor di hospital besar.
Keluarganya
mendapat tahu berita perkahwinannya dengan Shiela setelah Tiga bulan mereka berkahwin.
Ibunya amat marah dan tidak dapat menerima perkahwinan mereka. Dia mendesak
Izzat supaya menceraikan Shiela dan menjejaki Wafa. Penolakan Izzat menyebabkan
ibunya memutuskan hubungan mereka. Izzat tidak dibenarkan pulang kerumah mereka
selagi tidak membawa pulang Wafa bersama.
Hari makin hari
perkahwinannya dengan Shiela mula dilanda badai. Rakan-rakanya selalu
memberitahunya berita kecurangan Shiela dibelakangnya. Mula-mula dia tidak
percaya namun bila melihat sendiri isterinya itu bersama seorang lelaki di
sebuah hotel meyakinkan dirinya. Shiela seorang yang manja dan mementingkan
kemewahan, oleh itu apabila izzat tidak dapat meluangkan masa bersamanya kerana
terlalu sibuk bekerja menyebabkan dia mencari hiburan diluar dan akhirnya
bertemu dengan kekasihnya itu.
Perasaan Izzat
ketika itu amatlah terluka. isteri yang selama ini dicintai curang
dibelakangnya. Oleh kerana tidak mahu Shiela terus melakukan dosa dia mengambil
keputusan untuk menceraikan Shiela. Setelah lima bulan lebih berkahwin mereka
akhirnya bercerai. Mungkin inilah yang dikatakan perkahwinan yang tidak
direstui oleh orang tua.
Dia pernah
terfikir untuk mencari wafa namun dia merasa malu kerana perbuatannya terhadap
wanita itu amat melukakan hati Wafa. Dia akhirnya menyendiri sampai sekarang
dan lebih focus kepada kerja. Hasilnya dalam usia 31 tahun dia Berjaya menjadi
seorang doktor pakar tulang. Hubungannya dengan kedua ibubapanya juga kembali
pulih walaupun tidak sepenuhnya.
Lamunan izzat
tentang masa lalunya terputus apabila terdengar deringan telefon bimbitnya dalam bilik. Dia meraup rambutnya ke belakang
sambil berjalan masuk ke dalam biliknya semula. Dia terus mendapatkan Samsung
galaxynya yang galak menyanyi sejak tadi. Namun nombor yang terpapar tidak
menunjukan nama pemanggil. Dia menjawab juga walaupun dalam keadaan
tertanya-tanya.
“assalamualaikum papa… papa tengan buat apa, adik rindu la kat papa” kedengaran suara anaknya, Iman. Izzat tersenyum. Tidak menyangka sama sekali bahawa panggilan itu dari anaknya. Dia ada memberi nombor telefonnya kepada mereka ketika berjumpa di sekolah mereka beberapa minggu yang lepas. Anaknya yang beria-ia mahukan nombor telefonnya.
“waalaikummusaalam sayang… papa pun rindukan Iman dengan Irfan, ni papa tengah fikirkan anak-anak papa la ni.” Balas Izzat.
“mama tengah buat apa sayang… ni sapa yang tolong call papa ni, mama ke.”Tanya Izzat lagi.
“tak la papa… ni bibik yang tolong call guna telefon mama, mama ada kat dapur.ni pun mama tak tau kami guna telefon.”balas Iman. Tidak lama kemudian suara irfan pula yang kedengaran.
“papa bila nak datang sini dan bawa kami keluar lagi. Kami bosan la, mama asyik sibuk dengan kerja je.” Irfan merungut. Izzat tersenyum mendengar kata-kata anaknya itu.
“hujung minggu ni papa datang ye sayang, sekarang ni papa pun sibuk sikit. Nanti papa bawa Iman dengan Izzat pergi shopping.” Terdengar jeritan kegembiraan dari kedua-dua anaknya itu. Izzat tersenyum lagi. Kemudian kedengaran suara isterinya memanggil anak-anaknya supaya masuk tidur. Lagipun jam dah menunjukan ke angka sepuluh malam.
“okey la papa kami dah nak tidur ni, lagipun mama dah panggil suruh tidur tu. Good night papa, assalamualaiku.” Kedengaran kedua-dua suara anaknya member ucapan selamat malam kepadanya.
“okey sayang…good night, sweet dreams. Waalaikumsalam.” Jawab Izzat. Talian terputus. Izzat melihat skrin telefonnya yang terpapar gambar anak-anaknya. Gambar itu diambil ketika mereka keluar jalan-jalan ke taman minggu lepas. Dia melihat semula nombor telefon yang diguna oleh anak-anaknya itu tadi lalu menyimpan ke senarai nombor dengan menggunakan nama ‘my sayang’. Dia tersenyum sendiri memikirkannya.
Pagi-pagi lagi
terdengar loceng menandakan ada tetamu di depan rumahnya, Wafa yang ketika itu
sibuk menyediakan sarapan pagi untuk mereka tiga beranak merasa pelik kerana
dia tidak mengjangkakan kedatangan tetamu terutamanya pagi-pagi minggu
sebegitu.
“Siaaa..pa” kedengaran perlahan suara wafa kerana terkejut melihat kehadiran Izzat didepan rumahnya beserta dengan sebuah beg besar.
“Haiii.. tak nak jemput saya masuk ke” balas Izzat justeru menolak pintu untuk masuk ke dalam rumah tersebut. Wafa yang terpingga-pinga di muka pintu pada awalnya terus menyinga kerana tidak menyangka kedatangan Izzat.
“Apa awak buat ni, siapa yang suruh awak masuk. Baik awak keluar sebelum orang lain menyangka yang bukan-bukan pulak” marah Wafa melihat Izzat yang selamba menarik beg masuk ke rumahnya.
“Kenapa pulak orang nak salah faham, lagipun rumah yang saya masuk ni rumah isteri saya sendiri bukan orang lain” balas Izzat sambil tersenyum. Jawapan tersebut menbuatkan Wafa bertambah bengang.
“lagipun saya rindu kat anak-anak saya, kesian diorang asyik tanya bila saya nak balik rumah ‘kita’ ni” balas Izzat sambil menekankan perkataan kita itu. Wafa yang mendengar terkedu. Dia tidak menyangka bahawa Izzat ada berhubung dengan anak-anaknya selama ini.
“Awak jangan nak buat gila Izzat, saya rasa baik awak keluar dari rumah ni sekarang jugak. Antara kita dah takde apa-apa cerita. ‘KITA’ yang wak maksudkan tu dah lama tamat” ucap Wafa beserta dengan titisan air mata dipipinya. Izzat yang melihat terkedu. Dia lantas bergerak ke arah Wafa untuk menyapu titisan air mata di pipinya. Wafa yang perasan akan niat Izzat lantas mengalihkan wajahnya kea rah lain.
“Saya harap sangat awak beri peluang kedua dalam hubungan kita ni. Kita mulakan hidup baru dan besarkan anak-anak kita ni” balas Izzat sambil memeluk Wafa. Wafa yang terkejut terus menolak pelukan Izzat serta berundur ke belakang.
“Awak jangan ingat saya senang-senang je nak lupakan apa yang awak buat dulu, lima tahun saya bersusah-payah membesarkan anak-anak saya sorang-sorang tanpa suami. Sakit sangat awak tahu tak bila saya terpaksa membawa perut yang besar kehulu-hilir, dah la masa tu mana nak belajar lagi mana nak jaga anak lagi. Awak ingat senang- senang je ke saya nak lupakan semua tu” balas Wafa beserta dengan tangisan. Izzat yang mendengar bertambah menyesal dengan perlakuannya dahulu. Dia terus memeluk erat Wafa sekali lagi walaupun Wafa meronta-ronta untuk melepaskan dirinya.
“Maafkan saya, saya tak tahu semua tu. Kalau saya tahu awak mengandung masa tu mesti saya cari awak” Balas Izzat lagi.
“Awak tak tahu apa-apa pun jadi jangan cakap awak tahu semua tu” tangis Wafa lagi dalam pelukan suaminya itu namun dia tidak lagi meronta-ronta. Dia membalas pelukan suaminya itu sambil melepaskan semua perasaan rindu dan dendam yang dirasainya selama ini. Izzat menggosok perlahan-lahan belakang tubuh isterinya itu, dia tahu terlalu banyak salahnya terhadap Wafa dan anak-anak mereka. Oleh itu dia berazam untuk menggembirakan isterinya selepas ini.
Setelah lama berada dipelukan suaminya Wafa mula merasa segan kerana beria-ia menangis dalam pelukan lelaki itu. Dia mula melonggarkan pelukannya lantas berundur ke belakang. dalam keadaan tertunduk menyembunyikan muka dia memegang mukanya kerana malu. Izzat yang melihat perlakuan Wafa hanya tersenyum.
“saya harap awak beri saya masa untuk fikirkannya” balas Wafa sebelum bergerak ke biliknya. Izzat hanya senyum pasrah mendengar jawapan isterinya itu, namun dia berharap sangat Wafa memberinya peluang kedua.
Sudah tiga hari
Izzat berada di rumahnya, anak-anaknya
bukan main gembira lagi apabila melihat papa mereka ada di rumah setelah mereka
bangkit dari tidur pada pagi itu. Izzat pula bukan main sayang lagi akan
anak-anak mereka, apa yang diminta oleh Iman dan Irfan akan terus ditunaikan
sebaik mungkin. Kadang –kadang Wafa terfikir agaknya inilah perangai sebenar
Izzat yang tidak ditonjolkan ketika bersama dengannya dulu. Namun Wafa masih
terasa bimbang kerana memikirkan hubungannya dengan Izzat akan menyebabkan
rumah tangga Izzat bersama isteri keduanya rosak. Dia redha andainya Izzat
ingin menceraikan dirinya kerana mereka telah lama berpisah.
“Kenapa ni sayang, jauh termenung sampaikan saya panggil pun tak dengar” lamunan Wafa terus terhenti tatkala mendengar suara suaminya itu. Sejak hari itu Izzat terus memanggilnya sayang dan perlakuan lelaki itu turut berubah. Dia menjadi semakin romantik dan kadang-kadang dia menggoda Wafa melalui perbuatan dan riak wajahnya. Wafa sendiri kadang-kadang tak dapat menahan debaran kerana digoda pleh suaminya itu.
“Saya nak Tanya ni, sepanjang awak tinggal di sini ni isteri awak tak marah ke” Tanya Wafa. Dia tak dapat lagi membendung persoalan tersebut dari fikirannya
“Isteri mana pulak ni, setahu saya awak sorang je isteri saya” balas Izzat. Dia tahu siapa yang dimaksudkan oleh isterinya itu namun dia terasa mahu mengusik isterinya itu. Wafa merengus marah mendengar jawapan selamba suaminya itu.
“Awak jangan nak buat-buat tak ingat pulak. Bukan ke awak nak kahwin lain masa awak bagi saya pilihan dulu” balas Wafa lagi. Izzat yang mendengar terus tersenyum lantas memeluk isterinya itu.
“sebenarnya saya dah lama
bercerai dengan Shiela, perkahwinan kami hanya bertahan sampai lima bulan je.
Mungkin ni la balasan terhadap saya sebab mengabaikan sayang dulu” balas izzat lantas mengemaskan lagi
pelukannya. Wafa yang mendengar mula merasa laga kerana tiada lagi kemusykilan
dalam fikirannya.
“Sayang bila nak bagi saya tidur kat bilik sayang ni, sakit dah belakang saya sebab terpaksa tido kat atas sofa” kata Izzat lagi. Sememangnya sepanjang tiga hari dia tinggal kat sini dia tidur di ruang tamu. Wafa tak akan sesenangnya memberi peluang kepada Izzat selagi kemelut antara mereka tidak selesai.
“wah papa peluk mama la” kedengaran suara anak kemabar mereka. Izzat dan Wafa kalih ke belakang dan kelihatan anak-anak mereka yang melompat-lompat keriangan melihat perlakuan ibubapa mereka itu. Wafa lantas menolak pelukan suaminya itu dan menggamit Iman dan Irfan ke arahnya. Iman terus duduk di ribaan mamanya itu, Izzat pula menarik Irfan ke ribaannya.
“Irfan dengan Iman suka tak papa tinggal kat sini” Tanya Izzat sambil mengenyit mata kearah isterinya. Wafa yang melihat hanya menjeling. Jelingan Wafa menyebabkan tawa Izzat pecah. Anak-anak mereka pula terpinga-pinga melihat perlakuan kedua ibubapa mereka itu.
Telah hampir
setahun Izzat dan Wafa berbaik semula. Selepas mengetahui bahawa Izzat dan
Shiela telah bercerai Wafa telah memberi peluang kedua kepada suaminya itu.
Setelah masalah diantara mereka selesai Izzat telah membawa mereka sekeluarga
pulang kerumah kedua ibubapanya. Ibunya terkejut melihat kepulangan menantunya
itu beserta dengan anak-anak mereka. Sesampainya mereka ke sana Wafa terus
meminta maaf dari kedua mertuanya kerana perbuatannya menjauhkan diri dari
mereka selama ini, namun kedua mertuanya tidak menyalahkan dia sebaliknya
menjatuhkan kesalahan tersebut kepada Izzat. Suaminya itu hanya pasrah kerana
tahu memang dia yang bersalah.
Namun hubungan diantara Wafa dan ayahnya masih tidak berubah. Izzat yang baru tahu masalah antara isterinya dan bapa mertuanya itu hanya menasihati isterinya supaya bersabar. Dia yakin suatu hari nanti bapa mertuanya itu akan menerima isterinya .
“sayang jom pergi honeymoon, kita tak pernah lagi bercuti kat mana-mana berdua. Abang teringin tambah bilangan ahli keluarga kita la” kata Izzat berserta dengan senyuman manisnya pada suatu malam sewaktu mereka berada di bilik mereka ketika bersedia untuk tidur.Wafa yang mendengar pantas mencubit suaminya itu. Sememangnya sejak berbaik semula Wafa telah memanggil Izzat dengan panggilan abang. Ini semua adalah atas permintaan suaminya itu.
“ amboi.. anak yang dua orang tu pun kecik lagi, ada hati nak tambah yang lain. Abang larat ke nak jaga diorang” balas Wafa.
“alah sayang ni, Iman dengan Irfan dah besar la. Diorang tu dah enam tahun la sayang. Memang patut la kalau nak dapat adik pun” balas Izzat lagi.
“erm.. suka hati abang la” balas Wafa pula.
“kiranya sayang setuju la ni, kalau camtu kita buat sekarang la sayang” kata Izzat sambil tersenyum gatal.
“buat apa pulak ni” Tanya Wafa namun melihat senyuman nakal suaminya itu Wafa mula faham lantas mencubit perut suaminya.
“adoii.. sakit la yang, otak dia yang fikir lain padahal” balas Izzat. Wafa Cuma tersengih mendengar kata-kata suaminya itu. Dia lantas memeluk erat suaminya itu sambil menggosok perut suaminya yang dicubit tadi.
“I love you sayang, love you so muchhhh” ucap Izzat perlahan ditelinga Wafa.
“Love you too abang, love you so muchhh” balas Wafa pula. Wafa mula merasa kegembiraan hidupnya bersama dengan suaminya itu. Dia berharap kasih sayang mereka akan berterusan hingga ke akhir hayat.
P/S: cerpen ni sebenarnya dah lama ciap cuma aku je yang tak berani nak hapdet kat sini. so tolong komen ek sebab aku budak baru belajar. komen dari korang akan banyak membantu so pless pless pless....
woahh... first time menulis tapi hasilnya cun! hehe.. teruskan menulis cik nisa ye.. =)
ReplyDeleteinsyaalah.. tapi ni saje je menulis tak pernah fikir nak serius pun.. tengok lintang pukang je susunan dia..hehe
DeleteLayan
ReplyDeleteI love the story line!! good job sis,I hope u write more !! Keep it up,!
ReplyDeleteBest..tp agak mendatar..cbe banyak kan conversation antara watak..hee
ReplyDeleteBest..tp agak mendatar..cbe banyak kan conversation antara watak..hee
ReplyDeleteCerpen first tp banyak input. Keep it up akak. Suka sangat. Tunggu cerpen yg seterusnya dari akak. Watak iman ngan irfan cute sesangattt.
ReplyDelete