Alhamdulillah...
Ramadhan datang lagi dan kita masih sempat menyambutnya. tak tahu kenapa ramadhan tahun ni aku rasa lebih excited nak sambutnya, even rasa lagi excited dari nak sambut hari raya. Maybe sebab suasana dia yang best kot. kat depan rumah aku ni kalau tiap-tiap kali puasa akan ada orang jual pelbagai jenis air, kuih-muih dan jugak lauk-pauk. tapi tak la sebanyak kat bazaar ramadhan tu.
Tahun ni aku dah bersemangat nak sama-sama bangun masak sahur dengan mak sama macam tahun lepas. Tapi tahun lepas aku tolong-tolong je sebab ada kakak, tapi tahun ni tinggal la aku je sebab kakak dah tinggal dengan mertua dia kat Melaka nunnn... jauh..hehehe. Kakak ipar pulak dah tak larat sebab tengah mengandung so tinggal aku je la. Tapi rasanya aku banyak tengok je kot..hehe
tahun ni kalau boleh nak pergi terawih tapi tak tahu la boleh full ke tak sebab mungkin penat sikit disebabkan praktikal pun bermula bulan puasa ni jugak. agaknya pergi je tempat praktikal mesti letih sebab puasa..huhuhu. So kalau tak nak badan letih dan mengekalkan kecergasan badan sangat lepas sahur jangan tidur balik tau.
Bulan Ramadhan ni banyak kelebihan dia, pada bulan ni jugak la bulan untuk kita memohon keampunan, menambah amal-ibadat dan macam-macam lagi. Bulan ni jugak adalah bulan penghapus dosa. pintu syurga dibuka seluas-luasnya, pintu neraka ditutup, syaitan-syaitan akan dirantai dan seksaan azab kubur juga akan dihentikan sepanjang bulan ramadhan ni. So kita patut ambik peluang ni sebanyak mungkin untuk menambah pahala dalam melakukan amal ibadat.
P/S: sama-sama la kita menyambut bulan ramadhan ni dengan penuh kesyukuran kerana siapa tahu tahun depan kita sempat lagi atau tidak menyambutnya.
No comments:
Post a Comment