Setulus Cinta Dia Yang Satu
I don’t wanna run away
Baby
you’re the one I need tonight
No promises…
Baby… now I need to hold you tight
I just wanna die in your arms
Here tonight…
Qaisara
Nurul Ashiqin menyapu air mata yang mengalir di tubir matanya apabila mendengar
lagu ‘My Baby You’ nyanyian Marc
Anthony yang telah diputar oleh deejay radio Era setelah mendapat permintaan
dari salah seorang pendengar setianya. Segala kenangan cintanya dengan Haiqal
sepanjang tiga tahun mereka belajar di Universiti Utara Malaysia terimbau
kembali. Juga bagaimana terputusnya kisah cinta mereka yang disebabkan oleh
orang ketiga.
“Sara
maafkan Qal sebab merahsiakan perkara ni, Qal sayangkan Sara tapi Qal tak boleh
tinggalkan Anis sebab sekarang ni dia lebih memerlukan Qal”
Qaisara
menahan air matanya yang akan mengalir bila-bila masa sahaja. Dia tidak mahu
menangis dan menunjukkan kelemahannya di depan Haiqal. Sekali Haiqal memutuskan
perhubungan mereka dia akan terus pergi dan tidak akan berpaling lagi. Baginya
tiada lagi peluang kedua buat lelaki tersebut.
“baiklah
kalau itu yang Qal mahukan Sara tak akan tanya kenapa atau menahan Qal untuk
terus di sisi sara, tapi sekali Qal pergi Sara tak akan pernah terima Qal lagi
dalam Hidup Sara. Sara harap Qal bahagia dengan pilihan yang Qal buat” Qaisara
terus berpaling dan pergi meninggalkan Haiqal di tasik tersebut
.
Serentak
dengan itu air matanya terus mengalir. Perjumpaan mereka di Taman Tasik
Darulaman pada petang itu yang pada awalnya diingatkan perjumpaan biasa mereka
akhirnya menjadi tempat putusnya ikatan cinta mereka.
Lamunan
Qaisara terhenti apabila mendengar bunyi hon kereta yang bertalu-talu. Dia
tersenyum apabila memikirkan dirinya yang sempat lagi mengimbau kenangan lalu
di tengah-tengah kesesakan jalan raya. Dia terus menekan gear dan meneruskan
pemanduannya menuju ke rumah.
Di
waktu-waktu puncak begini memang selalu berlaku kesesakan jalan raya disebabkan
semua orang ingin pulang. Dalam pada itu terfikir juga dirinya bagaimana keadaan
Haiqal sekarang setelah lebih tiga tahun mereka tidak bertemu. Adakah sudah
berkahwin dengan bekas kekasihnya itu ataupun tidak. Setelah tamat belajar
mereka terus terputus hubungan walaupun masih berada di negeri yang sama.
‘ah
kenapa kau harus fikirkan lagi tentang dia Qaisara, lagipun kau dan dia dah
lama putus. Sama ada dia gembira atau tidak itu adalah hal dia bukan kau, kau
harus fikirkan diri kau sendiri yang masih tidak berteman’. Hati Qaisara
menghalang dirinya dari terus memikirkan perihal lelaki itu.
Tidak
dinafikan Qaisara masih lagi menyendiri sampai sekarang walaupun ramai yang
cuba mengetuk pintu hatinya. Lagipun dari segi paras rupa dia tidak kurang
dimana-mana dengan hidung yang mancung dan matanya yang bulat dan walaupun
tidak memakai mekap dia masih kelihatan manis. Dirinya sekarang telah
menjangkau dua puluh tujuh tahun dan ibunya di kampung tidak putus-putus
bertanya bila dia akan berkahwin kerana kebanyakan sepupu yang sebaya dengannya
telah berkahwin atau mempunyai anak. Paling tidak pun mereka telah mempunyai
kekasih hati dan akan menamatkan zaman bujang dalam masa yang terdekat ini.
Qaisara
sampai di rumah sewanya ketika laungan azan magrib berkumandang dari masjid
yang berdekatan. Dia terus memasuki rumah teres dua tingkat yang di sewanya
sejak setahun yang lepas. Pada awalnya dia tinggal di rumah tersebut bersama
rakan sekerjanya namun rakannya itu telah berkahwin lalu berpindah ke rumah
suaminya. Walaupun rumah itu besar namun Qaisara tidak terfikir untuk mencari
penyewa yang lain kerana dia tidak betah tinggal bersama dengan orang yang baru
dikenali.
Setelah
selesai mandi dan menunaikan kewajiban kepada yang maha esa, Qaisara membuka
laptopnya dan bercadang mahu melihat akaun facebooknya yang telah lama tidak
dibuka. Dia bukannya sengaja tidak mahu membuka facebook tersebut tetapi
disebabkan kesibukan kerjanya sebagai pegawai imigresen telah membataskan
masanya.
Tiada
apa yang menarik hati Qaisara di akaun facebooknya kecuali jemputan reunion
oleh rakan-rakan seuniversiti dengannya dulu. Dia mula merasakan debaran yang
telah lama dia tidak rasakan. Kerana sebelum ini dia dapat mengelak dari sebarang perjumpaan dengan
rakan-rakan seuniversitinya itu.
Rakan-rakannya
menegaskan dirinya supaya hadir di majlis tersebut kerana mereka ingin berjumpa
dengannya setelah dua perjumpaan sebelum ini dia tidak menghadirkan diri. Dia
pernah terfikir untuk menyertai mereka, namun memikirkan bahawa dia akan
bertemu muka dengan Haiqal di majlis tersebut membuatkan dia membatalkan
niatnya.
Qaisara
memejamkan matanya setelah penat memikirkan perkara tersebut. Nampaknya dia
tidak akan dapat melarikan diri lagi. Sudah sampai masanya dia menghadapi
realiti hidupnya itu. Tidak selamanya dia boleh melarikan diri dari lelaki
tersebut dan menyebab dirinya merana kerana rindukan teman-teman baiknya ketika
belajar. Qaisara akhirnya memutuskan untuk pergi ke majlis tersebut.
Hari
yang ditakuti oleh Qaisara tiba akhirnya. Dia kini terpacak didepan hotel
Holiday Villa dalam keadaan berdebar dan ragu-ragu sama ada ingin masuk ke
dalam hotel tersebut ataupun tidak. Dia telah berjanji dengan rakan sebiliknya
ketika belajar dahulu iaitu Nina supaya menunggu dirinya di depan hotel
tersebut untuk sama-sama masuk ke dalam dewan. Dari jauh kelihatan rakannya itu
yang kelihatan resah menunggu di hadapan pintu besar hotel. Kemungkinan dia
bimbang Qaisara menarik diri di saat akhir. Akhirnya Qaisara menghampiri
rakannya itu.
“Sara
aku ingatkan kau tak jadi datang, aku hampir-hampir nak call kau tadi” Nina
meluahkan perasaan resahnya itu.
“mana
boleh aku tak datang bila aku dah janji, lagipun kau kan dah tau aku jenis yang
macam mana bila dah berjanji” Qaisara cuba menenangkan kawannya itu.
“memang
la aku tau kau jenis yang akan tepati janji tapi bila melibatkan program yang
macam ni aku takut kau tarik diri di saat-saat akhir. Lagipun aku tau kau cuba
elakan diri dari Haiqal kan sebab tu kedua-dua majlis sebelum ni kau tak hadir”
Nina membalas.
Qaisara
hanya tersenyum mendengar kata-kata sahabatnya itu. Dia berharap senyumannya
itu dapat menutup raut wajahnya yang berubah tadi setelah mendengar nama lelaki
itu disebut.
“dah
lah jom kita masuk, mesti mereka dah tunggu kita lama. Lagipun majlis dah nak start” Qaisara cuba menghentikan topik
yang berkaitan dengan lelaki tersebut. Semakin menghampiri pintu dewan semakin
berdebar hati Qaisara. Dia menarik dan menghembus nafasnya beberapa kali untuk
menghilangkan debaran di hatinya itu namun masih tidak berjaya.
Dari
jauh lagi dia melihat kelibat rakan-rakannya yang suatu masa dahulu sama-sama
berhempas pulas dengannya belajar untuk mendapatkan segulung ijazah. Dia dan
Nina terus menghampiri kelompok rakan-rakannya itu. Dia melihat beberapa orang
dari rakannya telah berkahwin dan membawa bersama anak serta serta suami
mereka. Nampaknya hanya dia seorang yang masih menyendiri kerana nina sendiri
selaku kawan baiknya telah bertunang dan akan melangsungkan perkahwinannya
dalam masa yamg terdekat.
“Sara akhirnya kau datang jugak. Dah tiga
tahun kita tak jumpa tau. Kenapa kau tak datang majlis-majlis yang sebelum ini.
Dah la kami hantar kad jemputan kahwin pun kau tak datang, kau ada nak marah
dekat kami ke” Tanya Aisyah salah seorang dari kawan baiknya. Yang lain hanya
mengiakan dan menunggu jawapan dari Qaisara.
“tak
de la, aku bukan sengaja tak nak datang atau marah dekat korang tapi aku sibuk
sikit. Kemungkinan juga masa korang kahwin tu aku kena bertugas kot” Qaisara
membalas.
“ye
la orang tukan orang penting jabatan, so susah la sikit nak datang majlis
kitaoarang yang biasa-biasa ni” seorang lagi rakannya mengomel.
“ala
korang ni jangan la cakap macam tu, korang buat aku rasa bersalah je” Qaisara
cuba memujuk rakan-rakannya tersebut.
“dah
la korang ni, kan Sara dah datang ni so korang patut gembira la sikit. Tak nak
la sedih-sedih. Nina cuba menukar suasana supaya menjadi lebih ceria.
Yang
lain hanya tersenyum dan bersetuju dengan kata-kata Nina itu tadi. Mereka terus
mengambil tahu perkembangan diri masing-masing setelah lama tidak berjumpa.
Dalam pada itu pandangan mata Qaisara terus melihat sekeliling mencari gerangan
yang telah banyak mencipta memori dengannya di negeri tersebut.
Tiba-tiba
mata Qaisara bertembung dengan mata yang telah lama dia hindari. Dia segera
melarikan pandangan matanya kearah lain. Hatinya berdegup kencang dengan
tiba-tiba. Dia cuba menyelitkan diri di dalam perbualan rakan-rakannya itu
walaupun dia tidak tahu apa yang diperkatakan oleh mereka.
“hai
Sara…apa khabar” Haiqal menegur Sara. Dia telah lama memerhatikan Sara sejak
dari gadis itu mula memasuki dewan lagi. Awalnya dia tidak bercadang mahu
menegur sara kerana tidak mahu menjadi perhatian rakan-rakan mereka yang lain.
Perhubungan antara dia dan Sara memang telah diketahui oleh rakan-rakan mereka
yang lain termasuklah apabila terputusnya perhubungan mereka.
“Eehh…Haiqal
rupanya, saya khabar baik. Haiqal apa khabar” Qaisara buat-buat mesra bagi menutup rasa
gugupnya apabila ditegur oleh lelaki itu. Tiada lagi panggilan mesra Qal dan
Sara.
Haiqal
agak terpana mendengar panggilan tersebut namun dia hanya mempamerkan wajah
selamba kerana baginya dia yang menyebabkan panggilan tersebut berubah.
Rakan-rakan
mereka yang lain mula beredar meninggalkan mereka dengan pelbagai alasan.
Akhirnya mereka tinggal berdua di meja tersebut. Keadaan menjadi janggal,
kerana kedua-duanya tidak tahu bagaimana untuk memulakan perbualan setelah
bertahun tidak bersua juga disebabkan krisis yang mereka hadapi.
“Sara
datang sini dengan siapa” akhirnya Haiqal memulakan perbualan. Tidak betah
dengan keadaan sunyi sebegitu.
“Saya
datang seorang je, Haiqal datang dengan siapa, mana isteri” Sara cuba mempamerkan
riak wajah yang biasa walaupun hakikatnya dia terasa mahu lari dari dewan
tersebut. Dia tidak mahu bertembung dengan wanita yang telah merampas Haiqal
dari dirinya.
“saya
pun datang seorang je. Sara macam mana, dah kahwin ke belum” Sara rasa seperti
mahu tercekik air liurnya mendengar soalan dari lelaki itu.
“insyaalah
tidak lama lagi” Sara rasa hendak pecah kepala memikirkan mana dia nak cari
calon suami ni sedangkan dia tidak punya siapa-siapa pada masa ini. Dia terpaksa menipu kerana tidak mahu menunjukan
kelemahan di hadapan Haiqal.
“
ermm…Haiqal saya pergi dulu nak jumpa dengan Nina sekejap” Sara terus berlalu
tanpa mendengar jawapan dari Haiqal.
Haiqal
hanya melihat wanita tersebut meninggalkan dirinya. Dia terasa mahu menjerit
kerana terlalu rindukan Qaisara. Tujuan dia datang ke majlis tersebut pun
adalah kerana mahu melihat Qaisara. Dia tahu wanita tersebut cuba melarikan
diri darinya, namun dia tidak dapat menghalang hatinya yang terlalu merindui
wanita tersebut. Dia juga tahu bahawa wanita itu masih menyendiri sehingga kini
dan tindakan Qaisara menipu dirinya menguatkan lagi andaian bahawa wanita itu
masih cintakan dirinya.
Qaisara
terus menghampiri kelompok rakan-rakannya itu yang sedang menikmati makan
malam. Dia bercadang mahu meninggalakan majlis tersebut kerana dirasakan
bila-bila masa sahaja dia akan menangis. Perjumpaan dengan Haiqal menyebabkan emosinya
berubah walaupun telah bertahun-tahun dia mengajar hatinya supaya melupakan
lelaki tersebut.
“
Nina aku nak balik dulu la sebab aku rasa tak sedap badan la” Qaisara mencipta
helah untuk meninggalkan majlis tersebut.
“Eh
Sara cepatnya kau nak balik, kau makan pun belum lagikan. Kalau yer pun makan
la dulu” Nina cuba memujuk. Namun Qaisara menolak kerana khuatir dia tidak
dapat menahan air matanya.
Setelah
bersalam-salaman dengan rakan-rakannya itu Qaisara terus berlalu menuju ke luar
dewan. Destinasinya pada ketika itu adalah ke tempat parking keretanya.
Dari
jauh sayup kedengaran suara yang memanggil-manggil namanya, namun Qaisara tidak
mempedulikan panggilan itu dan meneruskan langkah kakinya. Langkah kakinya
terhenti apabila tangannya ditarik secara tiba-tiba. Dia tahu siapa yang
memegangnya kerana dia amat mengenali suara tersebut.
“kenapa
Sara nak balik cepat sangat, Qal ada hal nak bincang sengan Sara” Haiqal
menahan Qaisara dari terus berjalan ke keretanya. Dia terus menukar
panggilannya kepada panggilan yang biasa digunakan oleh mereka suatu masa
dahulu.
“ada
apa lagi ni Haiqal, saya nak balik ni. Lagipun saya dah tak ada apa-apa nak
dibincangkan dengan awak. Lepaskan tangan saya” Qaisara cuba merentap tangannya
dari pegangan Haiqal namun tidak Berjaya kerana pegangan Haiqal terlalu kuat.
“please..!! Sara dengar dulu apa yang Qal nak cakapkan ni,
lepas ni kalau sara dah tak nak jumpa dengan Qal pun tak apa” Haiqal cuba
memujuk wanita tersebut.
“saya
tak nak dengar apa-apa pun dari awak, hal antara kita dah lama tamat” Qaisara
terus memijak kaki Haiqal. Apabila terlepas sahaja tangannya terus sahaja dia
meloloskan diri ke dalam kereta dan menderum pergi. Air matanya mengalir laju
membasahi pipi apabila tidak dapat lagi ditahan, namun dia hanya membiarkannya.
Haiqal
hanya memandang kereta Qaisara berlalu pergi sambil menggosok kakinya yang
sakit akibat dipijak oleh wanita kesayangannya itu tadi. Haiqal tersenyum apabila teringatkan
gelagat Qaisara yang tetap sama macam
dulu. Baginya Qaisara keras diluar namun lembut di dalam.
Qaisara
duduk termenung di beranda biliknya sambil mengambil angin malam. Pada awalnya
dia mahu terus tidur kerana memikirkan esok dia perlu keluar awal ke tempat
kerjanya. Namun, matanya yang tetap tidak mahu lelap menyebabkan dia mengambil
keputusan untuk duduk di beranda sahaja.
Memori
bersama haiqal mula menjengah fikirannya. Di awal perkenalan mereka hubungan
yang terjalin amat membahagiakan, namun apabila tiba di semester akhir
pengajian mereka haiqal mula berubah setelah kemasukan bekas kekasihnya ke university
utara Malaysia. Pertemuan-pertemuan biasa mereka banyak yang di mungkiri
sehinggakan qaisara pernah tertunggu-tunggu tanpa pesanan. Dia seringkali
mendengar khabar angin yang mengatakan haiqal curang dibelakangnya sehinggakan
kawan-kawannya sendiri pernah memberitahunya mereka terserempak haiqal
bersama-sama bekas kekasihnya itu.
Akhirnya
haiqal tergamak memutuskan perhubungan mereka kerana terserempak dengannya
ketika sedang bersama dengan bekas kekasihnya. Ketika itu, haiqal telah
membatalkan temujanji mereka setelah hampir seminggu lebih tidak bertemu dengannya
dengan alasan ada hal diluar kampus, namun selepas itu mereka terserempak di
perpustakaan universiti kerana Qaisara mahu menyiapkan asignmentnya yang menimbun. Akhirnya Tasik darul aman telah menjadi
saksi terlerainya hubungan mereka yang telah dibina selama bertahun-tahun.
Betapa
seksanya qaisara mahu menamatkan pengajiannya selepas perpisahan mereka
sehinggakan dia hampir kecundang dalam pelajarannya, namun dengan nasihat dan
dorongan dari rakan-rakannya Qaisara Berjaya menamatkan pengajiannya dengan cemerlang.
Dia juga bernasib baik kerana selepas berpisah Haiqal banyak mengelakan diri
darinya dan ia membolehkan Qaisara menumpukan sepenuh perhatian pada
pelajarannya tanpa memikirkan masalah yang dihadapi.
Selepas
kerja pada petang itu Qaisara pergi ke tesco untuk membeli barang keperluan
rumahnya yang banyak telah habis. Dia sememangnya suka membeli barang keperluan
rumahnya seminggu atau dua minggu
sekali. Ini disebabkan tuintutan kerjanya yang tidak mengizinkan dia untuk
selalu ‘bershopping’.
Setelah
siap membeli barang-barang keperluannya qaisara bercadang untuk terus pulang
kerumahnya. Dia merasa terlalu letih pada hari itu. Ketika sampai di keretanya
dia terkejut melihat seseorang sedang bersandar di keretanya. Orang tersebut tidak
lain dan tidak bukan ialah Haiqal. Walaupun terkejut Qaisara tetap mempamerkan
riak wajah yang bersahaja. Dia tidak mahu Haiqal melihat reaksinya yang
terkejut ketika itu.
“ Sara
Qal ada benda nak bincang dengan Sara ni, kalau boleh sekejap pun tak apa” Haiqal
mula mendekati Qaisara yang ketika itu sedang memasukan barang-barangnya
kedalam kereta. Dia berniat untuk membantu Qaisara namun telah dihalang oleh
wanita itu sendiri.
“
maaflah Haiqal, saya dah tak da apa-apa nak bincang dengan awak lagipun saya
letih sangat hari ini dan kalau boleh saya nak balik awal ni.” Qaisara menbalas
dalam keadaan tergesa-gesa.
“ please..!! Sara bagi peluang dekat Qal
untuk menjelaskan sesuatu kat Sara” Haiqal mula berkeras.
“
hal apa lagi yang awak nak bincangkan ni, rasanya dah tak ada apa-apa lagi yang
perlu dibincangkan antara kita” Qaisara terus menolak permintaan Haiqal lantas
memasuki kereta untuk berlalu pergi.
“
kalau sara tak nak dengar penjelasan Qal hari ini Sara jangan menyesal dan
jangan kata Qal tak bagi penjelasan pada Sara tentang apa yang akan berlaku
pada masa akan datang” Haiqal mula mengugut namun Qaisara tidak mempedulikan
kata-kata Haiqal dan terus memecut keretanya ke jalan raya.
Haiqal
hanya melihat kereta qaisara meluncur pergi sambil memikirkan tindakan yang
bakal diambilnya. Dia tidak bercadang untuk membatalkan perancangannya itu
sebaliknya dia semakin bersemangat untuk
meneruskannya.
Panggilan
dari kak longnya pada petang itu amat memeranjatkan Qaisara. Dia tidak
menyangka ibu akan menerima pinangan dari sahabatnya tanpa berbincang dengan
dirinya terlebih dahulu.
Qaisara
terus meminta cuti kecemasan pada hari itu dan pulang ke rumah orang tuanya.
Jarak diantara rumah sewanya di Rantau Panjang dengan rumah orang tuanya di
Tumpat tidaklah terlalu jauh. Ianya hanya mengambil masa selama setengah jam.
Dia tidak berpuas hati selagi tidak bersemuka dengan ibunya. Sesampainya dia
dirumah, kelihatan ibunya yang santai mengambil angin di halaman rumah.
“Mak
kenapa buat Sara macam ni?” Qaisara terus menujahkan soalan bagi menghamburkan
perasaan bengangnya terhadap keputusan ibunya itu.
“
Ehh.. Sara ni sampai-sampai je terus soal mak macam tu, bukannya nak bersalam
atau sekurang-kurangnya bagi salam dekat mak ni, nasib baiklah mak ni tak ada
penyakit jantung ke apa. Hah.. !! mak ada buat apa pulak sampai Sara Tanya mak
macam tu?” balas Puan zana sambil mengurut dadanya akibat terkejut dengan
perlakuan anak bongsunya itu.
Qaisara
merupakan anak bongsunya dari dua orang adik-beradik. Selain Sara dia mempunyai
seorang lagi anak perempuan iaitu Balqis Nur Ashikin,kakak Qaisara yang telah
berkahwin dan masih tinggal bersama dengannya. Kakak Qaisara itu bekerja
sebagai guru di sebuah sekolah rendah
berdekatan dengan rumah mereka. Manakala Suaminya pula mempunyai perniagaan sendiri
dalam bidang pembinaan yang masih lagi bertatih. Kakaknya itu telah mempunyai
dua orang anak hasil perkahwinan dengan suaminya selama empat tahun.
Mereka
berdualah ratu hatinya yang ditinggalkan oleh arwah suaminya Encik Aizuddin
yang telah meninggal ketika Qaisara berumur tiga tahun. Oleh itu, dia amat
menyayangi keduanya namun tidaklah sampai memanjakan mereka. Buktinya, keduanya
Berjaya menamatkan pengajian di peringkat Universiti dan memperoleh pekerjaan
yang boleh menjamin masa depan mereka.
“Ehh..
mak ni boleh pulak dia buat tak tahu, padahal kak long dah bagitahu Sara yang
mak dah terima pinangan dari kawan mak tu” balas Qaisara pula. Puan Zana hanya
menyimpan senyumnya apabila melihat Qaisara meluahkan perasaan tidak puas
hatinya itu. Dia sememangnya telah menjangkakan reaksi anak bongsunya ini.
“Dah
Sara tak nak cari calon suami sendiri, jadi mak tolong la carikan. Lagipun Sara
kena ingat umur Sara dah nak dekat tiga puluh tahun. Mak malu bila saudara-mara
kita asyik dok kutuk Sara yang tak kahwin-kahwin lagi ni” balas Puan Zana lagi.
“mak
ni, Sara baru dua puluh tujuh. Ada tiga tahun lagi umur Sara nak masuk tiga
puluh. Lagipun Sara tak naklah Kahwin dengan orang yang Sara tak kenal ni”
Qaisara membalas lantas bangkit untuk masuk ke dalam rumah.
“
siapa cakap Sara tak kenal bakal suami Sara tu” kata-kata ibunya itu mematikan
langkah Qaisara yang berada dimukan pintu rumahnya. Dia lantas berpusing menuju
kea rah ibunya semula.
“apa
maksud mak cakap Sara kenal dia?” Tanya Qaisara yang mula merasa berdebar. Dia
tidak dapat berfikir siapa anak kawan ibunya itu yang mengenali dirinya.
“
Puan Mastura ada cakap hari tu anak dia
yang suruh pinang Sara. Katanya lagi Sara dan dia dah berkawan lama kat
Universiti dulu” kata-kata ibunya itu menyentakan tangkai hati Qaisara. Dia
mula berfikir siapa yang menjadi kawan rapatnya semasa di Universiti dulu.
Seingatnya hanya Haiqal yang rapat dengannya dulu.
Tiba-tiba
bayangan wajah Haiqal bermain di mindanya. ‘Takkan dia kot’ hati Qaisara mula
berbisik.
“Mak
dia ada cakap tak anak dia nama apa..?” soal Qaisara pula bagi memujuk hatinya
yang mula tidak tenteram. Dia ingin menolak kemungkinan tersebut namun hatinya
pula bagai mengiakannya.
“Erm..
rasanya mak dia ada sebut nama dia hari tu, jap mak fikir” Puan Zana mula
mengingatkan kembali nama yang disebut oleh kawannya itu.
“ha..
mak dah ingat nama anaknya tu. Tak silap mak nama dia Ayub” Tiba-tiba dia
menepuk bahu Qaisara yang berada di depannya kerana excited apabila Berjaya mengingati nama bakal suami anaknya itu.
Qaisara
yang terkejut akibat ditepuk secara tiba-tiba oleh ibunya mula tergelak kerana
mendengar nama orang yang meminangnya yang dirasakan agak kuno.
“mak
kenapa la kuno sangat nama bakal menantu mak tu”Qaisara terus menyambung
ketawanya. Puan Zana yang mendengar mula menepuk bahu anaknya yang dirasakan
agak keterlaluan mengetawakan nama orang.
“amboi..!!
sedap ketawakan nama orang yer, mentang-mentanglah nama kita moden” sindir Puan Zana lagi.
“ha..
kiranya Sara dah setuju la ni yer, ciap mengaku bakal menantu mak lagi” ayat
Puan Zana itu terasa seperti mencekik leher Qaisara. Dia menghentikan ketawanya
apabila merasakan yang ibunya mula serius dengan perkara tersebut.
“
Ala..!! mak ni, bila masa Sara setuju pulak, Sara cakap je” Qaisara lantas
bangun dari kerusi dan terus masuk ke dalam rumah. Puan Sara hanya
menggelengkan kepalanya melihat tingkah-laku anaknya yang dirasa agak kurang
serius dengan perkara tersebut. Baginya walau apa yang berlaku pun dia tidak
boleh membatalkan peminangan tersebut kerana sudah terlanjur berjanji.
Qaisara
termenung memikirkan status dirinya kini yang telah berubah. Sudah seminggu dia
bergelar tunangan orang, namun dia masih musykil memikirkan perihal tunang invisiblenya yang masih belum ditemui.
Walau apa yang dilakukannya, puan Zana tetap tidak mahu menolak pinangan
tersebut. Akhirnya beginilah dia tetap menjadi tunangan Encik Tunang ghaibnya.
Dia
pula tidak berminat untuk mengenali tunangnya itu sementelah pula lelaki itu
sendiri tidak pernah menghubunginya. Baginya andai betul mereka berjodoh pasti
mereka akan berkahwin dan jika sebaliknya pula pertunangan mereka akan terputus
dengan sendiri.
Qaisara
tersentak apabila tiba-tiba telefonnya berbunyi menandakan ada mesej yang
masuk. Dia membaca pesanan ringkas yang masuk ke peti mesejnya itu
.
~Awak
tengah buat apa~
.
Dia merasa pelik apabila menerima mesej dari
nombor yang tidak dikenalinya itu. Akhirnya, Qaisara hanya mengabaikan mesej
yang dirasakannya tidak penting itu. Namun, tiba-tiba deringan telefon pula
kedengaran dan nombor yang terpapar adalah nombor yang sama.
“hello.. siapa ni” tanpa menghulurkan
salam Qaisara memulakan bicara. Namun si pemanggil hanya senyap. Qaisara mula
berasa bengang.
“
heii.. kalau awak telefon tapi tak nak bercakap baik tak payah telefon” hambur
Qaisara dengan perasaan marahnya. Dia terus menekan butang merah bagi
menamatkan panggilan tersebut. Namun tidak lama kemudian deringan telefon
kedengaran lagi.
“Awak
nak apa telefon saya ni” soal Qaisara terus.
“
Kalau awak tak nak cakap jangan call
saya lagi lepas ni” baru Qaisara berniat untuk menamatkan panggilan tiba-tiba
kedengaran suara si pemanggil.
“Sara..”
Qaisara terpempan. Dia mengenali suara tersebut, suara yang telah lama dia
ingin lupakan.
“Haiii..Haiqal”
tergagap-gagap Qaisara menyebutnya. Dia ingatkan perjumpaan semasa di tesco hari itu menjadi
kali terakhir lelaki itu mencarinya. Namun sangkaannya meleset.
“Sara
we need to talk, benda ni urgent sangat” tanpa melengahkan masa
Haiqal terus mengajak Qaisara untuk bertemu. Baginya sampai bila dia boleh
merahsiakan perkara tersebut. Lambat laun wanita itu akan tahu juga. Oleh itu
dia tidak mahu menambah risiko yang akan menimbulkan lagi kemarahan wanita itu
terhadapnya.
“Okey but this will be last the time we met” balas
Qaisara kemudiannya. Dia terpaksa bersetuju kerana selagi mereka tidak
bersemuka selagi itulah Haiqal akan terus menganggu dirinya.
“As you wish darling”… ‘ but I don’t think it will be the last one’ sambungnya di
dalam hati. Lega hatinya kerana wanita itu akhirnya bersetuju untuk berjumpa.
Sememangnya dia merasakan hati Qaisara lebih keras berbanding sewaktu mereka
berkasih dahulu. Adakah ianya disebabkan putusnya kasih mereka atau sememangnya
dia yang tidak mengetahui sifat wanita itu dahulu.
“Ada
apa yang penting sangat sampaikan awak beria-ia
nak jumpa saya ni” soal Qaisara setelah berjumpa dengan lelaki itu.
Sebelum ini, mereka telah bersetuju untuk berjumpa di Pantai Geting. Suasana
Pantai itu yang agak lengang amat sesuai untuk mereka berbincang.
“Sebelum
tu Qal nak Tanya Sara memang betul-betul setuju ke nak kahwin hujung bulan ni?”
Tanya Haiqal. Sebelum ini kedua buah keluarga telah bersetuju untuk menunangkan
mereka selama dua bulan sahaja. Sebulan telah berlalu dengan masing-masing
mendiamkan diri tanpa berhubung namun, masuk bulan kedua ini dia tidak boleh
lagi mendiamkan diri. Banyak perkara yang harus diselesaikan oleh mereka.
Terutamanya, urusan dengan hal ehwal agama islam dan pemeriksaan kesihatan.
Urusan berkaitan dengan cincin, pakaian
pengantin, pelamin dan kenduri sudah diuruskan oleh kedua buah keluarga mereka.
Oleh itu, dia memang sudah tidak boleh lagi merahsiakan hubungan antara mereka.
“Apa
maksud awak Tanya saya macam tu. Dan macam mana awak tahu saya nak kahwin
hujung bulan ni” Tanya Qaisara pula. Terpinga-pinga dia apabila lelaki itu
menyoalnya sedangkan dia belum menghebohkan lagi berita perkahwinananya itu.
“Takkan
Sara tak boleh teka lagi kenapa Qal Tanya macam tu” balas Haiqal sambil
merenung jauh ke tengah laut. Ombak yang kuat menghempas pantai dirasakan
tidaklah sekuat debaran yang melanda jiwanya waktu ini. Dia tidak dapat
menjangka bagaimana penerimaan wanita tersebut diatas pertunangan mereka.
Qaisara
mula merasa aneh dengan jawapan lelaki itu. Dia mula merasakan
kemungkinan-kemungkinan yang difikirkannya diawal berita peminangan itu sampai
ditelinganya itu dahulu.
“Maksud
awakkk..awak adalah tunang saya. Tapi setahu saya nama tunang saya Ayub”
tergagap-gagap Qaisara menyoalnya kembali. Haiqal hanya tersenyum mendengar
soalan bakal isterinya itu.
“Kalau
Sara nak tahu Ayub tu panggilan Qal kat rumah, orang lain tak tahu pun pasal
nama Qal yang tu. Dan hanya orang terdekat dengan Qal je yang boleh panggil Qal
macam tu. Termasuklah Sara dan keluarga Sara, tapi rasanya lepas ni Sara akan ada
panggilan istimewa untuk Qal kan?” balas Haiqal sambil melirikan matanya kearah
Qaisara. Sempat lagi dia bergurau dengan Sara. Apabila melihat reaksi Qaisara
yang menjuihkan bibirnya ketawa Haiqal mula pecah.
Qaisara
yang bengang dengan gelagat Haiqal mula membentak.
“Awak
ingat awak buat macam tu saya akan setuju nak kahwin dengan awak.jangan
haraplah. Saya akan suruh mak saya batalkan majlis perkahwinan kita tu” jerit
Qaisara. Perasaannya ketika itu betul-betul terluka. Dia tidak sangka Haiqal
akan membuatnya begitu.
“lagipun,
awak jangan lupa apa yang saya pernah cakap dulu. Sekali awak putuskan hubungan
kita, takkan ada peluang kedua lagi buat awak” hambur Qaisara lagi.
Haiqal
mula merasakan penyesalan akibat perbuatannya yang dahulu. Sememangnya dia
tidak pernah lupa akan kata-kata wanita itu dulu. Namun dia mempunyai alasan mengapa
dia berbuat begitu dahulu.
“Qal
ingat apa yang Sara pernah cakap dulu tapi Qal jugak ada alasan Qal sendiri
mengapa Qal terpaksa buat begitu dulu.” Qaisara memalingkan mukanya kearah
lautan yang luas. Matanya mula digenangi air mata. Dia teringat kembali
kenangan pahitnya dulu setelah putusnya hubungan mereka. Haiqal merupakan cinta
pertamanya dan dia amatlah menyayangi lelaki itu, namun hubungan mereka
akhirnya putus di tengah jalan. Panas yang disangka hingga ke petang rupanya
hujan ditengah jalan.
“Alasan
apa lagi awak nak beri Haiqal. Kata-kata awak susah saya nak percaya lagi”
balas Qaisara. Haiqal mula merasakan tekanan akibat penolakan Qaisara itu.
“Qal
buat macam tu dulu sebab Anis tipu Qal. Dia cakap dia Cuma ada masa selama
beberapa bulan je untuk hidup disebabkan
barah otak dan dia berharap dapat habiskan sisa-sisa hidup dia dengan Qal je,
dan waktu tu Qal betul-betul buntu sebab tak tahu nak buat apa. Masa tu perasaan
Qal dekat dia hanyalah perasaan kasihan dan tak lebih dari itu. Cinta Qal
hanyalah untuk Sara tapi Qal terpaksa jugak lukakan hati Sara waktu tu” jelas Haiqal.
“Lepas
je kita habis belajar dan Qal tahu perkara sebenar Qal cuba cari Sara tapi masa
tu Sara dah hilangkan diri. Kawan-kawan Sara pun tak tahu Sara ada kat mana
waktu tu. Please..!! sayang bagi Qal
dan diri kita sendiri peluang kedua” tambah Haiqal lagi. Airmatanya bergenang
dan hanya menunggu masa untuk jatuh ke pipi. Qaisara yang melihat air mata
lelaki itu mula merasa sebak namun susah baginya untuk menerima kata-kata
lelaki itu dengan mudah. Baginya telah lama dia merana disebabkan lelaki itu
walaupun bukan niatnya sebegitu.
“Sara
nak balik, sara dah tak tahu nak fikir apa lagi” balas Gaisara lantan meloloskan
dirinya ke dalam keretanya dan terus pergi dari situ. Haiqal yang mendengar
Qaisara membahasakan dirinya menggunakan panggilan mereka dahulu mula merasakan
peluang untuknya mendapatkan Qaisara adalah cerah. Walau apa pun yang berlaku
dia tidak akan lepaskan wanita itu pergi jauh darinya lagi.. Itu adalah
tekadnya.
Telah
tiga hari Qaisara bercuti. Dia merasa penat memikirkan hubungannya dengan
Haiqal. Separuh hatinya inginkan perpisahan manakala separuh lagi ingin
meneruskan perkahwinan mereka. Ingin
meluahkan kepada keluarganya tidak boleh kerana mereka tidak mengetahui sejarah
cintanya itu dahulu. Kepalanya buntu memikirkan perkara tersebut.
~please..!! sayang, bagi kita peluang
kedua untuk menggapai bahagia. Qal janji lepas ni Qal akan akan bahagiakan Sara
sampai sara tak nak ingat lagi rasa sakit dulu. Please..!! give me second chance~
Qaisara mengingat kembali mesej
yang telah dihantar oleh lelaki itu pada malam selepas perjumpaan mereka. Air
matanya mengalir lagi namun cepat-cepat dikesatnya semula apabila pintu
biliknya diketuk dan terus terbuka.
“Sara
kenapa ni?, kak long tengok dua tiga hari ni Sara asyik nangis je. Sara
betul-betul ke tak suka dengan perkahwinan ini” Tanya kakaknya itu. Dia perasan
Qaisara menangis apabila melihat mata adiknya itu bengkak.
“kak
long..!!” tangis Qaisara lantas terus memeluk kakaknya itu. Dia menghamburkan
air mata di pelukan kakaknya itu. Manakala Balqis pula hanya membiarkan sahaja.
Setelah puas menangis Qaisara mula menceritakan kisah antara dia dan lelaki
itu. Semuanya diceritakan termasuklah perjumpaan-perjumpaan mereka sebelum ini.
“Sara
betul-betul ke dah tak boleh terima Haiqal. Kak long tak nak Sara tak bahagia
bila terpaksa kahwin dengan orang yang Sara benci. Kalau betul kak long akan
pujuk mak supaya batalkan majlis ni. Sara kena ingat majlis Sara Cuma tinggal
dua minggu je lagi, semua persiapan dah kita buat. Betul ke ini yang Sara nak”
Tanya Balqis lagi. Dia tidak mahu memaksa Sara kalau betul adiknya itu terseksa
namun dia dapat merasakan bahawa cinta Qaisara terhadap Haiqal masih kuat.
Tambah-tambah lagi haiqal merupakan cinta pertamanya.
“Sara
tak tahu kak long, Sara buntu” balas Qaisara sambil mengesat air matanya.
“
Sara kena banyak berdoa dan buat solat istikharah banyak-banyak. Sara dah buat
ke Solat istikharah” Tanya Balqis lagi. Qaisara hanya menggelengkan kepala. Dia
lupa untuk membuat solat istikharah apabila terlalu asyik melayan kisah lalunya yang menyedihkan. Dia beristifar
mengingatkan kelalainnya itu. Padahal dulu apabila terpaksa membuat apa-apa
keputusan dia tidak akan lupa untuk membuat solat istikharah.
Setelah
yakin dengan keputusannya apabila beberapa kali membuat solat istikharah
Qaisara akhirnya mengajak Haiqal untuk berjumpa sekali lagi. Pantai Geting
sekali lagi menjadi lokasi pertemuan mereka. Qaisara kelihatan lebih tenang
kali ini, dia merasakan keputusan yang bakal diambilnya akan mengubah
perjalanan hidupnya selepas ini. Namun dia tidak akan sesekali menyesalinya.
“”Sara
dah fikir betul-betul hubungan kita ni. Walau apa pun keputusan yang Sara ambil
ni Sara harap Qal akan terimanya” ucap Qaisara. Dia sengaja mahu mengusik
Haiqal yang kelihatan gelisah ketika itu. Haiqal merasakan peluang untuk Sara
menerimanya kembali adalah tipis. Dia tertunduk menahan air matanya yang
dirasakan akan menitis bila-bila masa sahaja.
“Qal
redha dengan apa saja keputusan Sara kali ini. Kalau betul kita tak ada jodoh,
hanya satu je harapan Qal agar Sara boleh memaafkan segala kesalahan Qal dulu.
Qal menyesal menyebabkan Sara mengalirkan air mata dulu” balas Haiqal pula. Air
matanya tidak dapat lagi ditahan. Dia hanya membiarkannya mengalir membasahi
pipi. Dia tidak lagi merasa malu untuk menangis didepan Qaisara. Qaisara yang
melihat pula mula merasakan penyesalan kerana mempermainkan perasaan lelaki
itu.
“Eh
eh.. kenapa Qal menangis pulak ni, Sara tak cakap pun nak batalkan majlis
perkahwinan kita” pujuk Qaisara. Haiqal yang mendengar ayat itu memalingkan
mukanya menghadap Qaisara. Dia tidak lagi menghiraukan wajahnya yang comot
dengan kesan air mata.
“Maksud
Sara” Tanya Haiqal polos seolah-olah kanak-kanak kecil yang baru dipujuk.
“Maksud
Sara.. ki..ta.. kita akan kahwin la” ucap Qaisara malu-malu. Dia terus
memusingkan tubuhnya membelakangi lelaki itu kerana malu. Haiqal yang
mendengarnya terus menadah tangan mengucapkan rasa syukurnya. Dia lantas
menghampiri Qaisara kerana terlalu gembira.
“Thanks sayang.. Qal janji lepas ni Qal
akan bahagiakan Sara dan tak kan biarkan Sara sedih
lagi. Terima kasih sebab
sudi terima Qal kembali.” Ucap Haiqal dengan penuh janji.
“Jangan
janjikan benda yang kita tak tahu lagi apa akan jadi di masa akan datang. Sara
tak nak Janji hanya tinggal Janji je lepas ni. Satu je yang Sara pinta agar
cinta Qal terhadap Sara adalah kerana ALLAH SWT” ucap Qaisara pula. Dia mula
merasakan keputusan yang diambilnya adalah tepat.
“Qal
janji sayang, Qal janji yang cinta kita adalah kerana ALLAH SWT. Dia yang
tentukan jodoh kita berdua” balas Haiqal pula.
Setahun
kemudian…
“Sayang
apa yang sayang buat ni, kan abang dah cakap kerja-kerja ni biar abang yang
buat” marah Haiqal. Dia runsing melihat Qaisara yang terlalu aktif melakukan
kerja rumah sedangkan dia tengah mengandungkan anak sulung mereka. Kandungannya
ketika itu bari berusia tujuh bulan.
“alah
abang ni Sara Cuma cuci kain ni aje. Lagipun mesin yang cuci dan Sara hanya
masukan kain je” balas Qaisara sambil memuncungkan mulutnya. Dia merasakan
Haiqal terlalu menjaga dirinya sedangkan dia tidak mengalami apa-apa masalah.
Bahkan alahan mengandung tiada. Cuma kadang-kadang dia mengidam perkara-perkara
yang biasa orang mengandung inginkan je.
“yer
la, abang tahu tu Cuma abang tak nak sayang penat je. Kan doktor dah pesan
suruh sayang rehat je. Kerja-kerja ni semua biar abang je yang buat” balas
Haiqal sambil menarik Qaisara menuju ke ruang tamu. Dia mendudukan isterinya ke
sofa lantas turut menempel di sebelah isterinya itu.
Dia
menggosok-gosok perut isterinya yang mengandungi bukti cinta mereka itu. Dia
merasa tidak sabar untuk melihat permata hati mereka itu lahir ke dunia. Tiba-tiba
dia merasakan tendangan yang kuat dari
dalam. Mereka saling berpandangan dan Qaisara lantas meletakan tangannya ke
atas tangan suaminya yang masih berada di perutnya itu. mereka saling
tersenyum.
“nampaknya
anak abang tak sabar nak jumpa dengan abang” kata Qaisara lantas merebahkan
kepalanya di bahu suaminya itu. Haiqal hanya mengusap-usap perut isterinya itu
sambil sesekali mencium ubun-ubun isterinya itu. dia mula merasakan keindahan
rumah tangga mereka. Sememangnya cinta mereka adalah kerana ALLAH dan tidak ada
siapa pun yang boleh memisahkan mereka melain itu adalah ketentuan dari ALLAH
SWT.
“Abang
pun tak sabar nak jumpa mereka. Terima kasih sayang sebab sudi terima abang
dulu dan hadiahkan abang dengan hadiah yang tidak ternilai ini. Abang cintakan sayang sangat-sangat dan abang
harap sayang pun macam tu juga” ucap Haiqal beserta dengan genangan air mata
kegembiraan. Qaisara lantas menyapu air mata suaminya itu. dia turut
mengalirkan air mata mendengar kata-kata suaminya itu.
“Sara
pun sangat-sangat cintakan abang. Sara bersyukur sangat sebab ALLAH panjangkan
jodoh kita berdua.” Balas Qaisara lantas memeluk suaminya itu dengan erat.
Mereka mula merasakan nikmat cinta yang terlalu bahagia. Namun semuanya adalah
kerana cinta dari dia yang satu. .
Tamat…..
Nice story...kipidap :)
ReplyDelete