Thursday 29 August 2013

~Novel Review - 13 Jam A380~


13 jam di dalam penerbangan ke London menaiki  MAS A380, takdir menemukan Hana Sofea dan Syed Haydar, jejaka idamannya. Mencipta kenangan terindah di langit biru.

Mereka bergelar kekasih kayangan untuk empat jam, menari tango bersama, menjelajah seluruh pesawat bersama, merasai enaknya Caramel Latte bersama... Tapi tatkala MAS A380 mencecah lantai bumi, segalanya pergi bagai wap di udara.

" Hanna, thank you for last night... But I can't have cocaine all the time."- SYED HAYDAR

Melihatkan sendiri kemesraan Syed Haydar kekasih realitinya, si model jelita membangkitkan Hana Sofea daripada mimpi indah.

Di Kota London, A380 juga akhirnya menerbangkan Hana Sofea kepada Fawwaz Hussaini, jutawan kacukan Melayu-English-Arab. Tanpa sebarang sebab Emmel, anak angkat Fawwaz menyangkakan Hana Sofea ialah ibunya.

" My daughter likes you. If you're willing to let her call you mommy... I will pay you fifty buck per hour..." - FAWWAZ HUSSAINI

" Dapat hadiah tak?" - HANA SOFEA

" A pink Audi TT, is that okay?" - FAWWAZ HUSSAINI

" Saya nak Audi TT yang latest version aje. Yang lain saya tak nak." - HANA SOFEA

hadirnya Hana Sofea menghiasi kehidupan mereka sekeluarga bagaikan indahnya bunga popi mekar, munculnya sang jutawan bermata ambar yang kuat pegangan agamanya itu dalam hidup Hana Sofea pula bagai menyedarkan Hana Sofea tentang kasih sayang tuhan. Dan saat semuanya bagaikan baru bermula, Syed Haydar datang menuntut sebuah cinta...

" Saya rindu awak, Hana... Jangan cakap awak dah kahwin dan budak ni anak tiri awak, Hana." - SYED HAYDAR

Adakah mimpi akan kekal sebagai mimpi setelah waktu berlalu dan hari berganti?


... dan Dialah yang mengetahui jiwa setiap hamba-Nya...


My comment

Novel yang sangat-sangat luar biasa... Awesome!!! saya bagi lima bintang untuk novel ni. cerita yang banyak menyelitkan petikan ayat Al-Quran dan hadis. Membaca novel ni membuka mata saya tentang banyak benda yang saya tak tahu sebelum ni. Contohnya agama Islam yang sebenar-benarnya dan juga perbezaan antara agama Islam dengan agama-agama yang lain terutamanya yahudi dan Kristian. Ia juga memaparkan sudut pandangan orang yang tidak mempercayai tuhan (Atheis). Ia juga membuka mata kita bila melihat masyarakat islam kita yang telah ditindas selama ini oleh agama-agama lain dan bagaimana aksi masyarakat hari ini terhadap perkara tersebut. 

Watak-watak yang digambarkan memainkan peranan masing-masing yang berjaya menghidupkan cerita di dalam novel ini. Antaranya watak Hana Sofea, Syed Haydar, Fawwaz Hussaini, Fido, Helena, Linda, Samuel, Tengku Adam Kamil dan Ariana Rose.

Watak Hana Sofea menunjukan perubahan hidup seorang wanita yang beragama Islam namun tidak mengamalkan ajaran Islam dengan sebenar-benarnya. Dia memendam rasa cintanya terhadap Syed Haydar selama tiga tahun dan apabila terjadinya pertemuan dengan lelaki pujaan hatinya menyebabkan melakukan sesuatu perkara mengikut kata hatinya tanpa menghiraukan pegangan agamanya. Namun pertemuan dengan Fawwaz Hussaini telah merubah dia menjadi seorang wanita Islam yang sejati. Takdir hidup mereka tidak seindah yang mereka harapkan kerana hanya Dia yang tahu segalanya.

Watak Syed Haydar pula adalah seorang lelaki yang hidup dipenuhi dengan kerja namun terkenal dalam dunianya yang tersendiri. Kejadian yang menimpa keluarganya membuatkan dia hidup dalam realiti yang tidak seindah mana. Namun perkenalannya yang singkat dengan Hana Sofea walaupun hanya sekadar tiga belas jam telah merubah keseluruhan hidupnya. hidupnya yang dulunya suram mula bermakna. Dia sanggup menunggu wanita kesayangannya tiga tahun lamanya. Namun keadaan akhirnya memaksa dia melakukan perkara yang dibenci oleh wanita tersebut. Tetapi adakah takdir memihak kepadanya.???

Watak Fawwaz Hussaini pula adalah seorang lelaki yang juga mempunyai masa lampau yang menyakitkan tetapi masih berpegang teguh kepada ajaran agama Islam. Namun kehadiran Fawwaz telah merubah keseluruhan hidup Hana dari seorang yang bebas bergaul menjadi seorang yang akhirnya menjaga maruah dirinya dan betul-betul mengenal erti Islam sebenar-benarnya. jodoh ternyata bukan milik dia dan Hana kerana akhirnya mereka terpisah jua.

Watak Fido, Helena, Linda, Samuel. Tengku Adam Kamil dan Ariana Rose pula adalah sebagai pemangkin sampingan yang membawa perubahan Hana Sofea dalam mengenal Tuhan. Perkenalan mereka ternyata adalah takdir oleh sang Pencipta.

Pada awalnya saya tidak berpuas hati apabila Hana terpaksa berpisah dengan Fawwaz dan berkahwin dengan Syed Haydar. Namun rupa-rupanya Syed Haydar banyak berkorban untuk hana demi merebut cinta sucinya dan ternyata jodoh mereka adalah kuat. Fawwaz pula hanyalah sebagai dorongan kepada hana untuk mengenal tuhan. (lagipun tajuk cerita sudah menunjukan kisah mereka berdua)... hehehe.. keseluruhannya novel ini sangatlah berbaloi untuk dibeli dan banyak input yang berguna di dalamnya. so, selamat membaca yer...   

 


Wednesday 31 July 2013

~my second cerpen~



 Setulus Cinta Dia Yang Satu

I don’t wanna run away
Baby  you’re the one I need tonight
No promises…
Baby… now I need to hold you tight
I just wanna die in your arms
Here tonight…

Qaisara Nurul Ashiqin menyapu air mata yang mengalir di tubir matanya apabila mendengar lagu ‘My Baby You’ nyanyian Marc Anthony yang telah diputar oleh deejay radio Era setelah mendapat permintaan dari salah seorang pendengar setianya. Segala kenangan cintanya dengan Haiqal sepanjang tiga tahun mereka belajar di Universiti Utara Malaysia terimbau kembali. Juga bagaimana terputusnya kisah cinta mereka yang disebabkan oleh orang ketiga.

“Sara maafkan Qal sebab merahsiakan perkara ni, Qal sayangkan Sara tapi Qal tak boleh tinggalkan Anis sebab sekarang ni dia lebih memerlukan Qal” 

Qaisara menahan air matanya yang akan mengalir bila-bila masa sahaja. Dia tidak mahu menangis dan menunjukkan kelemahannya di depan Haiqal. Sekali Haiqal memutuskan perhubungan mereka dia akan terus pergi dan tidak akan berpaling lagi. Baginya tiada lagi peluang kedua buat lelaki tersebut.

“baiklah kalau itu yang Qal mahukan Sara tak akan tanya kenapa atau menahan Qal untuk terus di sisi sara, tapi sekali Qal pergi Sara tak akan pernah terima Qal lagi dalam Hidup Sara. Sara harap Qal bahagia dengan pilihan yang Qal buat” Qaisara terus berpaling dan pergi meninggalkan Haiqal di tasik tersebut
.
Serentak dengan itu air matanya terus mengalir. Perjumpaan mereka di Taman Tasik Darulaman pada petang itu yang pada awalnya diingatkan perjumpaan biasa mereka akhirnya menjadi tempat putusnya ikatan cinta mereka.

Lamunan Qaisara terhenti apabila mendengar bunyi hon kereta yang bertalu-talu. Dia tersenyum apabila memikirkan dirinya yang sempat lagi mengimbau kenangan lalu di tengah-tengah kesesakan jalan raya. Dia terus menekan gear dan meneruskan pemanduannya menuju ke rumah.

Di waktu-waktu puncak begini memang selalu berlaku kesesakan jalan raya disebabkan semua orang ingin pulang. Dalam pada itu terfikir juga dirinya bagaimana keadaan Haiqal sekarang setelah lebih tiga tahun mereka tidak bertemu. Adakah sudah berkahwin dengan bekas kekasihnya itu ataupun tidak. Setelah tamat belajar mereka terus terputus hubungan walaupun masih berada di negeri yang sama.

‘ah kenapa kau harus fikirkan lagi tentang dia Qaisara, lagipun kau dan dia dah lama putus. Sama ada dia gembira atau tidak itu adalah hal dia bukan kau, kau harus fikirkan diri kau sendiri yang masih tidak berteman’. Hati Qaisara menghalang dirinya dari terus memikirkan perihal lelaki itu.

Tidak dinafikan Qaisara masih lagi menyendiri sampai sekarang walaupun ramai yang cuba mengetuk pintu hatinya. Lagipun dari segi paras rupa dia tidak kurang dimana-mana dengan hidung yang mancung dan matanya yang bulat dan walaupun tidak memakai mekap dia masih kelihatan manis. Dirinya sekarang telah menjangkau dua puluh tujuh tahun dan ibunya di kampung tidak putus-putus bertanya bila dia akan berkahwin kerana kebanyakan sepupu yang sebaya dengannya telah berkahwin atau mempunyai anak. Paling tidak pun mereka telah mempunyai kekasih hati dan akan menamatkan zaman bujang dalam masa yang terdekat ini.



Qaisara sampai di rumah sewanya ketika laungan azan magrib berkumandang dari masjid yang berdekatan. Dia terus memasuki rumah teres dua tingkat yang di sewanya sejak setahun yang lepas. Pada awalnya dia tinggal di rumah tersebut bersama rakan sekerjanya namun rakannya itu telah berkahwin lalu berpindah ke rumah suaminya. Walaupun rumah itu besar namun Qaisara tidak terfikir untuk mencari penyewa yang lain kerana dia tidak betah tinggal bersama dengan orang yang baru dikenali.

Setelah selesai mandi dan menunaikan kewajiban kepada yang maha esa, Qaisara membuka laptopnya dan bercadang mahu melihat akaun facebooknya yang telah lama tidak dibuka. Dia bukannya sengaja tidak mahu membuka facebook tersebut tetapi disebabkan kesibukan kerjanya sebagai pegawai imigresen telah membataskan masanya.

Tiada apa yang menarik hati Qaisara di akaun facebooknya kecuali jemputan reunion oleh rakan-rakan seuniversiti dengannya dulu. Dia mula merasakan debaran yang telah lama dia tidak rasakan. Kerana sebelum ini dia dapat  mengelak dari sebarang perjumpaan dengan rakan-rakan seuniversitinya itu.

Rakan-rakannya menegaskan dirinya supaya hadir di majlis tersebut kerana mereka ingin berjumpa dengannya setelah dua perjumpaan sebelum ini dia tidak menghadirkan diri. Dia pernah terfikir untuk menyertai mereka, namun memikirkan bahawa dia akan bertemu muka dengan Haiqal di majlis tersebut membuatkan dia membatalkan niatnya.

Qaisara memejamkan matanya setelah penat memikirkan perkara tersebut. Nampaknya dia tidak akan dapat melarikan diri lagi. Sudah sampai masanya dia menghadapi realiti hidupnya itu. Tidak selamanya dia boleh melarikan diri dari lelaki tersebut dan menyebab dirinya merana kerana rindukan teman-teman baiknya ketika belajar. Qaisara akhirnya memutuskan untuk pergi ke majlis tersebut.



Hari yang ditakuti oleh Qaisara tiba akhirnya. Dia kini terpacak didepan hotel Holiday Villa dalam keadaan berdebar dan ragu-ragu sama ada ingin masuk ke dalam hotel tersebut ataupun tidak. Dia telah berjanji dengan rakan sebiliknya ketika belajar dahulu iaitu Nina supaya menunggu dirinya di depan hotel tersebut untuk sama-sama masuk ke dalam dewan. Dari jauh kelihatan rakannya itu yang kelihatan resah menunggu di hadapan pintu besar hotel. Kemungkinan dia bimbang Qaisara menarik diri di saat akhir. Akhirnya Qaisara menghampiri rakannya itu.

“Sara aku ingatkan kau tak jadi datang, aku hampir-hampir nak call kau tadi” Nina meluahkan perasaan resahnya itu.

“mana boleh aku tak datang bila aku dah janji, lagipun kau kan dah tau aku jenis yang macam mana bila dah berjanji” Qaisara cuba menenangkan kawannya itu.

“memang la aku tau kau jenis yang akan tepati janji tapi bila melibatkan program yang macam ni aku takut kau tarik diri di saat-saat akhir. Lagipun aku tau kau cuba elakan diri dari Haiqal kan sebab tu kedua-dua majlis sebelum ni kau tak hadir” Nina membalas.

Qaisara hanya tersenyum mendengar kata-kata sahabatnya itu. Dia berharap senyumannya itu dapat menutup raut wajahnya yang berubah tadi setelah mendengar nama lelaki itu disebut.
“dah lah jom kita masuk, mesti mereka dah tunggu kita lama. Lagipun majlis dah nak start” Qaisara cuba menghentikan topik yang berkaitan dengan lelaki tersebut. Semakin menghampiri pintu dewan semakin berdebar hati Qaisara. Dia menarik dan menghembus nafasnya beberapa kali untuk menghilangkan debaran di hatinya itu namun masih tidak berjaya.

Dari jauh lagi dia melihat kelibat rakan-rakannya yang suatu masa dahulu sama-sama berhempas pulas dengannya belajar untuk mendapatkan segulung ijazah. Dia dan Nina terus menghampiri kelompok rakan-rakannya itu. Dia melihat beberapa orang dari rakannya telah berkahwin dan membawa bersama anak serta serta suami mereka. Nampaknya hanya dia seorang yang masih menyendiri kerana nina sendiri selaku kawan baiknya telah bertunang dan akan melangsungkan perkahwinannya dalam masa yamg terdekat.

 “Sara akhirnya kau datang jugak. Dah tiga tahun kita tak jumpa tau. Kenapa kau tak datang majlis-majlis yang sebelum ini. Dah la kami hantar kad jemputan kahwin pun kau tak datang, kau ada nak marah dekat kami ke” Tanya Aisyah salah seorang dari kawan baiknya. Yang lain hanya mengiakan dan menunggu jawapan dari Qaisara.

“tak de la, aku bukan sengaja tak nak datang atau marah dekat korang tapi aku sibuk sikit. Kemungkinan juga masa korang kahwin tu aku kena bertugas kot” Qaisara membalas.

“ye la orang tukan orang penting jabatan, so susah la sikit nak datang majlis kitaoarang yang biasa-biasa ni” seorang lagi rakannya mengomel.

“ala korang ni jangan la cakap macam tu, korang buat aku rasa bersalah je” Qaisara cuba memujuk rakan-rakannya tersebut.

“dah la korang ni, kan Sara dah datang ni so korang patut gembira la sikit. Tak nak la sedih-sedih. Nina cuba menukar suasana supaya menjadi lebih ceria.

Yang lain hanya tersenyum dan bersetuju dengan kata-kata Nina itu tadi. Mereka terus mengambil tahu perkembangan diri masing-masing setelah lama tidak berjumpa. Dalam pada itu pandangan mata Qaisara terus melihat sekeliling mencari gerangan yang telah banyak mencipta memori dengannya di negeri tersebut.

Tiba-tiba mata Qaisara bertembung dengan mata yang telah lama dia hindari. Dia segera melarikan pandangan matanya kearah lain. Hatinya berdegup kencang dengan tiba-tiba. Dia cuba menyelitkan diri di dalam perbualan rakan-rakannya itu walaupun dia tidak tahu apa yang diperkatakan oleh mereka.

“hai Sara…apa khabar” Haiqal menegur Sara. Dia telah lama memerhatikan Sara sejak dari gadis itu mula memasuki dewan lagi. Awalnya dia tidak bercadang mahu menegur sara kerana tidak mahu menjadi perhatian rakan-rakan mereka yang lain. Perhubungan antara dia dan Sara memang telah diketahui oleh rakan-rakan mereka yang lain termasuklah apabila terputusnya perhubungan mereka.

“Eehh…Haiqal rupanya, saya khabar baik. Haiqal apa khabar”  Qaisara buat-buat mesra bagi menutup rasa gugupnya apabila ditegur oleh lelaki itu. Tiada lagi panggilan mesra Qal dan Sara.

Haiqal agak terpana mendengar panggilan tersebut namun dia hanya mempamerkan wajah selamba kerana baginya dia yang menyebabkan panggilan tersebut berubah.
  
Rakan-rakan mereka yang lain mula beredar meninggalkan mereka dengan pelbagai alasan. Akhirnya mereka tinggal berdua di meja tersebut. Keadaan menjadi janggal, kerana kedua-duanya tidak tahu bagaimana untuk memulakan perbualan setelah bertahun tidak bersua juga disebabkan krisis yang mereka hadapi.

“Sara datang sini dengan siapa” akhirnya Haiqal memulakan perbualan. Tidak betah dengan keadaan sunyi sebegitu.

“Saya datang seorang je, Haiqal datang dengan siapa, mana isteri” Sara cuba mempamerkan riak wajah yang biasa walaupun hakikatnya dia terasa mahu lari dari dewan tersebut. Dia tidak mahu bertembung dengan wanita yang telah merampas Haiqal dari dirinya.

“saya pun datang seorang je. Sara macam mana, dah kahwin ke belum” Sara rasa seperti mahu tercekik air liurnya mendengar soalan dari lelaki itu.

“insyaalah tidak lama lagi” Sara rasa hendak pecah kepala memikirkan mana dia nak cari calon suami ni sedangkan dia tidak punya siapa-siapa pada masa ini. Dia  terpaksa menipu kerana tidak mahu menunjukan kelemahan di hadapan Haiqal.

“ ermm…Haiqal saya pergi dulu nak jumpa dengan Nina sekejap” Sara terus berlalu tanpa mendengar jawapan dari Haiqal.

Haiqal hanya melihat wanita tersebut meninggalkan dirinya. Dia terasa mahu menjerit kerana terlalu rindukan Qaisara. Tujuan dia datang ke majlis tersebut pun adalah kerana mahu melihat Qaisara. Dia tahu wanita tersebut cuba melarikan diri darinya, namun dia tidak dapat menghalang hatinya yang terlalu merindui wanita tersebut. Dia juga tahu bahawa wanita itu masih menyendiri sehingga kini dan tindakan Qaisara menipu dirinya menguatkan lagi andaian bahawa wanita itu masih cintakan dirinya.

Qaisara terus menghampiri kelompok rakan-rakannya itu yang sedang menikmati makan malam. Dia bercadang mahu meninggalakan majlis tersebut kerana dirasakan bila-bila masa sahaja dia akan menangis. Perjumpaan dengan Haiqal menyebabkan emosinya berubah walaupun telah bertahun-tahun dia mengajar hatinya supaya melupakan lelaki tersebut.

“ Nina aku nak balik dulu la sebab aku rasa tak sedap badan la” Qaisara mencipta helah untuk meninggalkan majlis tersebut.

“Eh Sara cepatnya kau nak balik, kau makan pun belum lagikan. Kalau yer pun makan la dulu” Nina cuba memujuk. Namun Qaisara menolak kerana khuatir dia tidak dapat menahan air matanya.

Setelah bersalam-salaman dengan rakan-rakannya itu Qaisara terus berlalu menuju ke luar dewan. Destinasinya pada ketika itu adalah ke tempat parking keretanya.



Dari jauh sayup kedengaran suara yang memanggil-manggil namanya, namun Qaisara tidak mempedulikan panggilan itu dan meneruskan langkah kakinya. Langkah kakinya terhenti apabila tangannya ditarik secara tiba-tiba. Dia tahu siapa yang memegangnya kerana dia amat mengenali suara tersebut.

“kenapa Sara nak balik cepat sangat, Qal ada hal nak bincang sengan Sara” Haiqal menahan Qaisara dari terus berjalan ke keretanya. Dia terus menukar panggilannya kepada panggilan yang biasa digunakan oleh mereka suatu masa dahulu.

“ada apa lagi ni Haiqal, saya nak balik ni. Lagipun saya dah tak ada apa-apa nak dibincangkan dengan awak. Lepaskan tangan saya” Qaisara cuba merentap tangannya dari pegangan Haiqal namun tidak Berjaya kerana pegangan Haiqal terlalu kuat.

please..!!  Sara dengar dulu apa yang Qal nak cakapkan ni, lepas ni kalau sara dah tak nak jumpa dengan Qal pun tak apa” Haiqal cuba memujuk wanita tersebut.

“saya tak nak dengar apa-apa pun dari awak, hal antara kita dah lama tamat” Qaisara terus memijak kaki Haiqal. Apabila terlepas sahaja tangannya terus sahaja dia meloloskan diri ke dalam kereta dan menderum pergi. Air matanya mengalir laju membasahi pipi apabila tidak dapat lagi ditahan, namun dia hanya membiarkannya.

Haiqal hanya memandang kereta Qaisara berlalu pergi sambil menggosok kakinya yang sakit akibat dipijak oleh wanita kesayangannya  itu tadi. Haiqal tersenyum apabila teringatkan gelagat  Qaisara yang tetap sama macam dulu. Baginya Qaisara keras diluar namun lembut di dalam.



Qaisara duduk termenung di beranda biliknya sambil mengambil angin malam. Pada awalnya dia mahu terus tidur kerana memikirkan esok dia perlu keluar awal ke tempat kerjanya. Namun, matanya yang tetap tidak mahu lelap menyebabkan dia mengambil keputusan untuk duduk di beranda sahaja.

Memori bersama haiqal mula menjengah fikirannya. Di awal perkenalan mereka hubungan yang terjalin amat membahagiakan, namun apabila tiba di semester akhir pengajian mereka haiqal mula berubah setelah kemasukan bekas kekasihnya ke university utara Malaysia. Pertemuan-pertemuan biasa mereka banyak yang di mungkiri sehinggakan qaisara pernah tertunggu-tunggu tanpa pesanan. Dia seringkali mendengar khabar angin yang mengatakan haiqal curang dibelakangnya sehinggakan kawan-kawannya sendiri pernah memberitahunya mereka terserempak haiqal bersama-sama bekas kekasihnya itu.

Akhirnya haiqal tergamak memutuskan perhubungan mereka kerana terserempak dengannya ketika sedang bersama dengan bekas kekasihnya. Ketika itu, haiqal telah membatalkan temujanji mereka setelah hampir seminggu lebih tidak bertemu dengannya dengan alasan ada hal diluar kampus, namun selepas itu mereka terserempak di perpustakaan universiti kerana Qaisara mahu menyiapkan asignmentnya yang menimbun. Akhirnya Tasik darul aman telah menjadi saksi terlerainya hubungan mereka yang telah dibina selama bertahun-tahun.

Betapa seksanya qaisara mahu menamatkan pengajiannya selepas perpisahan mereka sehinggakan dia hampir kecundang dalam pelajarannya, namun dengan nasihat dan dorongan dari rakan-rakannya Qaisara Berjaya menamatkan pengajiannya dengan cemerlang. Dia juga bernasib baik kerana selepas berpisah Haiqal banyak mengelakan diri darinya dan ia membolehkan Qaisara menumpukan sepenuh perhatian pada pelajarannya tanpa memikirkan masalah yang dihadapi.



Selepas kerja pada petang itu Qaisara pergi ke tesco untuk membeli barang keperluan rumahnya yang banyak telah habis. Dia sememangnya suka membeli barang keperluan rumahnya  seminggu atau dua minggu sekali. Ini disebabkan tuintutan kerjanya yang tidak mengizinkan dia untuk selalu ‘bershopping’.

Setelah siap membeli barang-barang keperluannya qaisara bercadang untuk terus pulang kerumahnya. Dia merasa terlalu letih pada hari itu. Ketika sampai di keretanya dia terkejut melihat seseorang sedang bersandar di keretanya. Orang tersebut tidak lain dan tidak bukan ialah Haiqal. Walaupun terkejut Qaisara tetap mempamerkan riak wajah yang bersahaja. Dia tidak mahu Haiqal melihat reaksinya yang terkejut ketika itu.

“ Sara Qal ada benda nak bincang dengan Sara ni, kalau boleh sekejap pun tak apa” Haiqal mula mendekati Qaisara yang ketika itu sedang memasukan barang-barangnya kedalam kereta. Dia berniat untuk membantu Qaisara namun telah dihalang oleh wanita itu sendiri.

“ maaflah Haiqal, saya dah tak da apa-apa nak bincang dengan awak lagipun saya letih sangat hari ini dan kalau boleh saya nak balik awal ni.” Qaisara menbalas dalam keadaan tergesa-gesa.

please..!! Sara bagi peluang dekat Qal untuk menjelaskan sesuatu kat Sara” Haiqal mula berkeras.

“ hal apa lagi yang awak nak bincangkan ni, rasanya dah tak ada apa-apa lagi yang perlu dibincangkan antara kita” Qaisara terus menolak permintaan Haiqal lantas memasuki kereta untuk berlalu pergi.

“ kalau sara tak nak dengar penjelasan Qal hari ini Sara jangan menyesal dan jangan kata Qal tak bagi penjelasan pada Sara tentang apa yang akan berlaku pada masa akan datang” Haiqal mula mengugut namun Qaisara tidak mempedulikan kata-kata Haiqal dan terus memecut keretanya ke jalan raya.

Haiqal hanya melihat kereta qaisara meluncur pergi sambil memikirkan tindakan yang bakal diambilnya. Dia tidak bercadang untuk membatalkan perancangannya itu sebaliknya  dia semakin bersemangat untuk meneruskannya.



Panggilan dari kak longnya pada petang itu amat memeranjatkan Qaisara. Dia tidak menyangka ibu akan menerima pinangan dari sahabatnya tanpa berbincang dengan dirinya terlebih dahulu.

Qaisara terus meminta cuti kecemasan pada hari itu dan pulang ke rumah orang tuanya. Jarak diantara rumah sewanya di Rantau Panjang dengan rumah orang tuanya di Tumpat tidaklah terlalu jauh. Ianya hanya mengambil masa selama setengah jam. Dia tidak berpuas hati selagi tidak bersemuka dengan ibunya. Sesampainya dia dirumah, kelihatan ibunya yang santai mengambil angin di halaman rumah.

“Mak kenapa buat Sara macam ni?” Qaisara terus menujahkan soalan bagi menghamburkan perasaan bengangnya terhadap keputusan ibunya itu.

“ Ehh.. Sara ni sampai-sampai je terus soal mak macam tu, bukannya nak bersalam atau sekurang-kurangnya bagi salam dekat mak ni, nasib baiklah mak ni tak ada penyakit jantung ke apa. Hah.. !! mak ada buat apa pulak sampai Sara Tanya mak macam tu?” balas Puan zana sambil mengurut dadanya akibat terkejut dengan perlakuan anak bongsunya itu.

Qaisara merupakan anak bongsunya dari dua orang adik-beradik. Selain Sara dia mempunyai seorang lagi anak perempuan iaitu Balqis Nur Ashikin,kakak Qaisara yang telah berkahwin dan masih tinggal bersama dengannya. Kakak Qaisara itu bekerja sebagai  guru di sebuah sekolah rendah berdekatan dengan rumah mereka. Manakala Suaminya pula mempunyai perniagaan sendiri dalam bidang pembinaan yang masih lagi bertatih. Kakaknya itu telah mempunyai dua orang anak hasil perkahwinan dengan suaminya selama empat tahun.

Mereka berdualah ratu hatinya yang ditinggalkan oleh arwah suaminya Encik Aizuddin yang telah meninggal ketika Qaisara berumur tiga tahun. Oleh itu, dia amat menyayangi keduanya namun tidaklah sampai memanjakan mereka. Buktinya, keduanya Berjaya menamatkan pengajian di peringkat Universiti dan memperoleh pekerjaan yang boleh menjamin masa depan mereka.

“Ehh.. mak ni boleh pulak dia buat tak tahu, padahal kak long dah bagitahu Sara yang mak dah terima pinangan dari kawan mak tu” balas Qaisara pula. Puan Zana hanya menyimpan senyumnya apabila melihat Qaisara meluahkan perasaan tidak puas hatinya itu. Dia sememangnya telah menjangkakan reaksi anak bongsunya ini.

“Dah Sara tak nak cari calon suami sendiri, jadi mak tolong la carikan. Lagipun Sara kena ingat umur Sara dah nak dekat tiga puluh tahun. Mak malu bila saudara-mara kita asyik dok kutuk Sara yang tak kahwin-kahwin lagi ni” balas Puan Zana lagi.

“mak ni, Sara baru dua puluh tujuh. Ada tiga tahun lagi umur Sara nak masuk tiga puluh. Lagipun Sara tak naklah Kahwin dengan orang yang Sara tak kenal ni” Qaisara membalas lantas bangkit untuk masuk ke dalam rumah.

“ siapa cakap Sara tak kenal bakal suami Sara tu” kata-kata ibunya itu mematikan langkah Qaisara yang berada dimukan pintu rumahnya. Dia lantas berpusing menuju kea rah ibunya semula.

“apa maksud mak cakap Sara kenal dia?” Tanya Qaisara yang mula merasa berdebar. Dia tidak dapat berfikir siapa anak kawan ibunya itu yang mengenali dirinya.

“ Puan Mastura ada cakap hari tu  anak dia yang suruh pinang Sara. Katanya lagi Sara dan dia dah berkawan lama kat Universiti dulu” kata-kata ibunya itu menyentakan tangkai hati Qaisara. Dia mula berfikir siapa yang menjadi kawan rapatnya semasa di Universiti dulu. Seingatnya hanya Haiqal yang rapat dengannya dulu.

Tiba-tiba bayangan wajah Haiqal bermain di mindanya. ‘Takkan dia kot’ hati Qaisara mula berbisik.

“Mak dia ada cakap tak anak dia nama apa..?” soal Qaisara pula bagi memujuk hatinya yang mula tidak tenteram. Dia ingin menolak kemungkinan tersebut namun hatinya pula bagai mengiakannya.

“Erm.. rasanya mak dia ada sebut nama dia hari tu, jap mak fikir” Puan Zana mula mengingatkan kembali nama yang disebut oleh kawannya itu.

“ha.. mak dah ingat nama anaknya tu. Tak silap mak nama dia Ayub” Tiba-tiba dia menepuk bahu Qaisara yang berada di depannya kerana excited apabila Berjaya mengingati nama bakal suami anaknya itu. 

Qaisara yang terkejut akibat ditepuk secara tiba-tiba oleh ibunya mula tergelak kerana mendengar nama orang yang meminangnya yang dirasakan agak kuno.

“mak kenapa la kuno sangat nama bakal menantu mak tu”Qaisara terus menyambung ketawanya. Puan Zana yang mendengar mula menepuk bahu anaknya yang dirasakan agak keterlaluan mengetawakan nama orang.

“amboi..!! sedap ketawakan nama orang yer, mentang-mentanglah nama kita moden” sindir  Puan Zana lagi.

“ha.. kiranya Sara dah setuju la ni yer, ciap mengaku bakal menantu mak lagi” ayat Puan Zana itu terasa seperti mencekik leher Qaisara. Dia menghentikan ketawanya apabila merasakan yang ibunya mula serius dengan perkara tersebut.

“ Ala..!! mak ni, bila masa Sara setuju pulak, Sara cakap je” Qaisara lantas bangun dari kerusi dan terus masuk ke dalam rumah. Puan Sara hanya menggelengkan kepalanya melihat tingkah-laku anaknya yang dirasa agak kurang serius dengan perkara tersebut. Baginya walau apa yang berlaku pun dia tidak boleh membatalkan peminangan tersebut kerana sudah terlanjur berjanji.



Qaisara termenung memikirkan status dirinya kini yang telah berubah. Sudah seminggu dia bergelar tunangan orang, namun dia masih musykil memikirkan perihal tunang invisiblenya yang masih belum ditemui. Walau apa yang dilakukannya, puan Zana tetap tidak mahu menolak pinangan tersebut. Akhirnya beginilah dia tetap menjadi tunangan Encik Tunang ghaibnya.

Dia pula tidak berminat untuk mengenali tunangnya itu sementelah pula lelaki itu sendiri tidak pernah menghubunginya. Baginya andai betul mereka berjodoh pasti mereka akan berkahwin dan jika sebaliknya pula pertunangan mereka akan terputus dengan sendiri.

Qaisara tersentak apabila tiba-tiba telefonnya berbunyi menandakan ada mesej yang masuk. Dia membaca pesanan ringkas yang masuk ke peti mesejnya itu 
.
~Awak tengah buat apa~
.
 Dia merasa pelik apabila menerima mesej dari nombor yang tidak dikenalinya itu. Akhirnya, Qaisara hanya mengabaikan mesej yang dirasakannya tidak penting itu. Namun, tiba-tiba deringan telefon pula kedengaran dan nombor yang terpapar adalah nombor yang sama.
hello.. siapa ni” tanpa menghulurkan salam Qaisara memulakan bicara. Namun si pemanggil hanya senyap. Qaisara mula berasa bengang.

“ heii.. kalau awak telefon tapi tak nak bercakap baik tak payah telefon” hambur Qaisara dengan perasaan marahnya. Dia terus menekan butang merah bagi menamatkan panggilan tersebut. Namun tidak lama kemudian deringan telefon kedengaran lagi.

“Awak nak apa telefon saya ni” soal Qaisara terus.

“ Kalau awak tak nak cakap jangan call saya lagi lepas ni” baru Qaisara berniat untuk menamatkan panggilan tiba-tiba kedengaran suara si pemanggil.

“Sara..” Qaisara terpempan. Dia mengenali suara tersebut, suara yang telah lama dia ingin lupakan.

“Haiii..Haiqal” tergagap-gagap Qaisara menyebutnya. Dia ingatkan  perjumpaan semasa di tesco hari itu menjadi kali terakhir lelaki itu mencarinya. Namun sangkaannya meleset.

“Sara we need to talk, benda ni urgent sangat” tanpa melengahkan masa Haiqal terus mengajak Qaisara untuk bertemu. Baginya sampai bila dia boleh merahsiakan perkara tersebut. Lambat laun wanita itu akan tahu juga. Oleh itu dia tidak mahu menambah risiko yang akan menimbulkan lagi kemarahan wanita itu terhadapnya.

Okey but this will be last the time we met” balas Qaisara kemudiannya. Dia terpaksa bersetuju kerana selagi mereka tidak bersemuka selagi itulah Haiqal akan terus menganggu dirinya.

As you wish darling”… ‘ but I don’t think  it will be the last one’ sambungnya di dalam hati. Lega hatinya kerana wanita itu akhirnya bersetuju untuk berjumpa. Sememangnya dia merasakan hati Qaisara lebih keras berbanding sewaktu mereka berkasih dahulu. Adakah ianya disebabkan putusnya kasih mereka atau sememangnya dia yang tidak mengetahui sifat wanita itu dahulu.



“Ada apa yang penting sangat sampaikan awak beria-ia  nak jumpa saya ni” soal Qaisara setelah berjumpa dengan lelaki itu. Sebelum ini, mereka telah bersetuju untuk berjumpa di Pantai Geting. Suasana Pantai itu yang agak lengang amat sesuai untuk mereka berbincang.
“Sebelum tu Qal nak Tanya Sara memang betul-betul setuju ke nak kahwin hujung bulan ni?” Tanya Haiqal. Sebelum ini kedua buah keluarga telah bersetuju untuk menunangkan mereka selama dua bulan sahaja. Sebulan telah berlalu dengan masing-masing mendiamkan diri tanpa berhubung namun, masuk bulan kedua ini dia tidak boleh lagi mendiamkan diri. Banyak perkara yang harus diselesaikan oleh mereka. Terutamanya, urusan dengan hal ehwal agama islam dan pemeriksaan kesihatan.

 Urusan berkaitan dengan cincin, pakaian pengantin, pelamin dan kenduri sudah diuruskan oleh kedua buah keluarga mereka. Oleh itu, dia memang sudah tidak boleh lagi merahsiakan hubungan antara mereka.

“Apa maksud awak Tanya saya macam tu. Dan macam mana awak tahu saya nak kahwin hujung bulan ni” Tanya Qaisara pula. Terpinga-pinga dia apabila lelaki itu menyoalnya sedangkan dia belum menghebohkan lagi berita perkahwinananya itu.

“Takkan Sara tak boleh teka lagi kenapa Qal Tanya macam tu” balas Haiqal sambil merenung jauh ke tengah laut. Ombak yang kuat menghempas pantai dirasakan tidaklah sekuat debaran yang melanda jiwanya waktu ini. Dia tidak dapat menjangka bagaimana penerimaan wanita tersebut diatas pertunangan mereka.

Qaisara mula merasa aneh dengan jawapan lelaki itu. Dia mula merasakan kemungkinan-kemungkinan yang difikirkannya diawal berita peminangan itu sampai ditelinganya itu dahulu.
“Maksud awakkk..awak adalah tunang saya. Tapi setahu saya nama tunang saya Ayub” tergagap-gagap Qaisara menyoalnya kembali. Haiqal hanya tersenyum mendengar soalan bakal isterinya itu.

“Kalau Sara nak tahu Ayub tu panggilan Qal kat rumah, orang lain tak tahu pun pasal nama Qal yang tu. Dan hanya orang terdekat dengan Qal je yang boleh panggil Qal macam tu. Termasuklah Sara dan keluarga Sara, tapi rasanya lepas ni Sara akan ada panggilan istimewa untuk Qal kan?” balas Haiqal sambil melirikan matanya kearah Qaisara. Sempat lagi dia bergurau dengan Sara. Apabila melihat reaksi Qaisara yang menjuihkan bibirnya ketawa Haiqal mula pecah.

Qaisara yang bengang dengan gelagat Haiqal mula membentak.

“Awak ingat awak buat macam tu saya akan setuju nak kahwin dengan awak.jangan haraplah. Saya akan suruh mak saya batalkan majlis perkahwinan kita tu” jerit Qaisara. Perasaannya ketika itu betul-betul terluka. Dia tidak sangka Haiqal akan membuatnya begitu.

“lagipun, awak jangan lupa apa yang saya pernah cakap dulu. Sekali awak putuskan hubungan kita, takkan ada peluang kedua lagi buat awak” hambur Qaisara lagi.

Haiqal mula merasakan penyesalan akibat perbuatannya yang dahulu. Sememangnya dia tidak pernah lupa akan kata-kata wanita itu dulu. Namun dia mempunyai alasan mengapa dia berbuat begitu dahulu.

“Qal ingat apa yang Sara pernah cakap dulu tapi Qal jugak ada alasan Qal sendiri mengapa Qal terpaksa buat begitu dulu.” Qaisara memalingkan mukanya kearah lautan yang luas. Matanya mula digenangi air mata. Dia teringat kembali kenangan pahitnya dulu setelah putusnya hubungan mereka. Haiqal merupakan cinta pertamanya dan dia amatlah menyayangi lelaki itu, namun hubungan mereka akhirnya putus di tengah jalan. Panas yang disangka hingga ke petang rupanya hujan ditengah jalan.

“Alasan apa lagi awak nak beri Haiqal. Kata-kata awak susah saya nak percaya lagi” balas Qaisara. Haiqal mula merasakan tekanan akibat penolakan Qaisara itu.

“Qal buat macam tu dulu sebab Anis tipu Qal. Dia cakap dia Cuma ada masa selama beberapa bulan je untuk hidup  disebabkan barah otak dan dia berharap dapat habiskan sisa-sisa hidup dia dengan Qal je, dan waktu tu Qal betul-betul buntu sebab tak tahu nak buat apa. Masa tu perasaan Qal dekat dia hanyalah perasaan kasihan dan tak lebih dari itu. Cinta Qal hanyalah untuk Sara tapi Qal terpaksa jugak lukakan hati Sara waktu tu” jelas Haiqal.

“Lepas je kita habis belajar dan Qal tahu perkara sebenar Qal cuba cari Sara tapi masa tu Sara dah hilangkan diri. Kawan-kawan Sara pun tak tahu Sara ada kat mana waktu tu. Please..!! sayang bagi Qal dan diri kita sendiri peluang kedua” tambah Haiqal lagi. Airmatanya bergenang dan hanya menunggu masa untuk jatuh ke pipi. Qaisara yang melihat air mata lelaki itu mula merasa sebak namun susah baginya untuk menerima kata-kata lelaki itu dengan mudah. Baginya telah lama dia merana disebabkan lelaki itu walaupun bukan niatnya sebegitu.

“Sara nak balik, sara dah tak tahu nak fikir apa lagi” balas Gaisara lantan meloloskan dirinya ke dalam keretanya dan terus pergi dari situ. Haiqal yang mendengar Qaisara membahasakan dirinya menggunakan panggilan mereka dahulu mula merasakan peluang untuknya mendapatkan Qaisara adalah cerah. Walau apa pun yang berlaku dia tidak akan lepaskan wanita itu pergi jauh darinya lagi.. Itu adalah tekadnya.



Telah tiga hari Qaisara bercuti. Dia merasa penat memikirkan hubungannya dengan Haiqal. Separuh hatinya inginkan perpisahan manakala separuh lagi ingin meneruskan perkahwinan mereka.  Ingin meluahkan kepada keluarganya tidak boleh kerana mereka tidak mengetahui sejarah cintanya itu dahulu. Kepalanya buntu memikirkan perkara tersebut.

~please..!! sayang, bagi kita peluang kedua untuk menggapai bahagia. Qal janji lepas ni Qal akan akan bahagiakan Sara sampai sara tak nak ingat lagi rasa sakit dulu. Please..!! give me second chance

Qaisara mengingat kembali mesej yang telah dihantar oleh lelaki itu pada malam selepas perjumpaan mereka. Air matanya mengalir lagi namun cepat-cepat dikesatnya semula apabila pintu biliknya diketuk dan terus terbuka.

“Sara kenapa ni?, kak long tengok dua tiga hari ni Sara asyik nangis je. Sara betul-betul ke tak suka dengan perkahwinan ini” Tanya kakaknya itu. Dia perasan Qaisara menangis apabila melihat mata adiknya itu bengkak.

“kak long..!!” tangis Qaisara lantas terus memeluk kakaknya itu. Dia menghamburkan air mata di pelukan kakaknya itu. Manakala Balqis pula hanya membiarkan sahaja. Setelah puas menangis Qaisara mula menceritakan kisah antara dia dan lelaki itu. Semuanya diceritakan termasuklah perjumpaan-perjumpaan mereka sebelum ini.

“Sara betul-betul ke dah tak boleh terima Haiqal. Kak long tak nak Sara tak bahagia bila terpaksa kahwin dengan orang yang Sara benci. Kalau betul kak long akan pujuk mak supaya batalkan majlis ni. Sara kena ingat majlis Sara Cuma tinggal dua minggu je lagi, semua persiapan dah kita buat. Betul ke ini yang Sara nak” Tanya Balqis lagi. Dia tidak mahu memaksa Sara kalau betul adiknya itu terseksa namun dia dapat merasakan bahawa cinta Qaisara terhadap Haiqal masih kuat. Tambah-tambah lagi haiqal merupakan cinta pertamanya.

“Sara tak tahu kak long, Sara buntu” balas Qaisara sambil mengesat air matanya.

“ Sara kena banyak berdoa dan buat solat istikharah banyak-banyak. Sara dah buat ke Solat istikharah” Tanya Balqis lagi. Qaisara hanya menggelengkan kepala. Dia lupa untuk membuat solat istikharah apabila terlalu asyik melayan kisah lalunya yang menyedihkan. Dia beristifar mengingatkan kelalainnya itu. Padahal dulu apabila terpaksa membuat apa-apa keputusan dia tidak akan lupa untuk membuat solat istikharah.



Setelah yakin dengan keputusannya apabila beberapa kali membuat solat istikharah Qaisara akhirnya mengajak Haiqal untuk berjumpa sekali lagi. Pantai Geting sekali lagi menjadi lokasi pertemuan mereka. Qaisara kelihatan lebih tenang kali ini, dia merasakan keputusan yang bakal diambilnya akan mengubah perjalanan hidupnya selepas ini. Namun dia tidak akan sesekali menyesalinya.

“”Sara dah fikir betul-betul hubungan kita ni. Walau apa pun keputusan yang Sara ambil ni Sara harap Qal akan terimanya” ucap Qaisara. Dia sengaja mahu mengusik Haiqal yang kelihatan gelisah ketika itu. Haiqal merasakan peluang untuk Sara menerimanya kembali adalah tipis. Dia tertunduk menahan air matanya yang dirasakan akan menitis bila-bila masa sahaja.

“Qal redha dengan apa saja keputusan Sara kali ini. Kalau betul kita tak ada jodoh, hanya satu je harapan Qal agar Sara boleh memaafkan segala kesalahan Qal dulu. Qal menyesal menyebabkan Sara mengalirkan air mata dulu” balas Haiqal pula. Air matanya tidak dapat lagi ditahan. Dia hanya membiarkannya mengalir membasahi pipi. Dia tidak lagi merasa malu untuk menangis didepan Qaisara. Qaisara yang melihat pula mula merasakan penyesalan kerana mempermainkan perasaan lelaki itu.

“Eh eh.. kenapa Qal menangis pulak ni, Sara tak cakap pun nak batalkan majlis perkahwinan kita” pujuk Qaisara. Haiqal yang mendengar ayat itu memalingkan mukanya menghadap Qaisara. Dia tidak lagi menghiraukan wajahnya yang comot dengan kesan air mata.

“Maksud Sara” Tanya Haiqal polos seolah-olah kanak-kanak kecil yang baru dipujuk.

“Maksud Sara.. ki..ta.. kita akan kahwin la” ucap Qaisara malu-malu. Dia terus memusingkan tubuhnya membelakangi lelaki itu kerana malu. Haiqal yang mendengarnya terus menadah tangan mengucapkan rasa syukurnya. Dia lantas menghampiri Qaisara kerana terlalu gembira.

Thanks sayang.. Qal janji lepas ni Qal akan bahagiakan Sara dan tak kan biarkan Sara sedih
 lagi. Terima kasih sebab sudi terima Qal kembali.” Ucap Haiqal dengan penuh janji.

“Jangan janjikan benda yang kita tak tahu lagi apa akan jadi di masa akan datang. Sara tak nak Janji hanya tinggal Janji je lepas ni. Satu je yang Sara pinta agar cinta Qal terhadap Sara adalah kerana ALLAH SWT” ucap Qaisara pula. Dia mula merasakan keputusan yang diambilnya adalah tepat.

“Qal janji sayang, Qal janji yang cinta kita adalah kerana ALLAH SWT. Dia yang tentukan jodoh kita berdua” balas Haiqal pula.



Setahun kemudian…

“Sayang apa yang sayang buat ni, kan abang dah cakap kerja-kerja ni biar abang yang buat” marah Haiqal. Dia runsing melihat Qaisara yang terlalu aktif melakukan kerja rumah sedangkan dia tengah mengandungkan anak sulung mereka. Kandungannya ketika itu bari berusia tujuh bulan.

“alah abang ni Sara Cuma cuci kain ni aje. Lagipun mesin yang cuci dan Sara hanya masukan kain je” balas Qaisara sambil memuncungkan mulutnya. Dia merasakan Haiqal terlalu menjaga dirinya sedangkan dia tidak mengalami apa-apa masalah. Bahkan alahan mengandung tiada. Cuma kadang-kadang dia mengidam perkara-perkara yang biasa orang mengandung inginkan je.

“yer la, abang tahu tu Cuma abang tak nak sayang penat je. Kan doktor dah pesan suruh sayang rehat je. Kerja-kerja ni semua biar abang je yang buat” balas Haiqal sambil menarik Qaisara menuju ke ruang tamu. Dia mendudukan isterinya ke sofa lantas turut menempel di sebelah isterinya itu.

Dia menggosok-gosok perut isterinya yang mengandungi bukti cinta mereka itu. Dia merasa tidak sabar untuk melihat permata hati mereka itu lahir ke dunia. Tiba-tiba dia merasakan tendangan yang kuat  dari dalam. Mereka saling berpandangan dan Qaisara lantas meletakan tangannya ke atas tangan suaminya yang masih berada di perutnya itu. mereka saling tersenyum.

“nampaknya anak abang tak sabar nak jumpa dengan abang” kata Qaisara lantas merebahkan kepalanya di bahu suaminya itu. Haiqal hanya mengusap-usap perut isterinya itu sambil sesekali mencium ubun-ubun isterinya itu. dia mula merasakan keindahan rumah tangga mereka. Sememangnya cinta mereka adalah kerana ALLAH dan tidak ada siapa pun yang boleh memisahkan mereka melain itu adalah ketentuan dari ALLAH SWT.

“Abang pun tak sabar nak jumpa mereka. Terima kasih sayang sebab sudi terima abang dulu dan hadiahkan abang dengan hadiah yang tidak ternilai ini.  Abang cintakan sayang sangat-sangat dan abang harap sayang pun macam tu juga” ucap Haiqal beserta dengan genangan air mata kegembiraan. Qaisara lantas menyapu air mata suaminya itu. dia turut mengalirkan air mata mendengar kata-kata suaminya itu.

“Sara pun sangat-sangat cintakan abang. Sara bersyukur sangat sebab ALLAH panjangkan jodoh kita berdua.” Balas Qaisara lantas memeluk suaminya itu dengan erat. Mereka mula merasakan nikmat cinta yang terlalu bahagia. Namun semuanya adalah kerana cinta dari dia yang satu. . 

Tamat…..