Monday 26 December 2011

memperkenalkan....

hehe...skarang aku nak memperkenalkan muka kawan-kawan rapat aku kat uum ni...muka-muka ni la yang mengharungi suka-duka dan tawa-mesra ngan aku, kitaorang time makan ke, lepak ke and even kuar jalan-jalan pun slalu sama-sama...tiap-tiap sem mesti ada aktiviti jalan-jalan yang kitaorg buat... ni gambar ni diambil masa kitaorang pergi taman tema air dekat sungai petani...tapi bukan ni jer kawan-kawan aku, still ada lagi tapi masa ni diorang takde dalam gambar ni...(diorang pergi merayap kemana entah)

ha ni lagi sorang kawan aku yang takde dalam gambar tadi...dia tak de sebab dia la tukang ambik gambar kitaoarng... dia ni bila nak ajak bergambar susah tapi law suruh ambik gambar kitaorang cepat je.  camerawoman la katakan(nasib baik bukan catwoman)..hehe
ha yang ni plak member aku yang asal dari sabah...sorang bajau suluk sorang lagi plak kadazan dusun..diarang ni selalu bersama ngan aku kat kelas sebab jadual kitaorang sama je cuma ada beza satu dua subjek je la...kitaoang cadang nak ambik bahasa korea sama-sama sem depan tapi tak dapat la plak sebab kelas dah penuh....(huhu sedihnya)
erm...yang ni plak bestfrenz aku dari sem satu...kami satu kos yang sama and subjek pun banyak yang sama tapi bila dah masuk sem 3 kami terpaksalah berpisah sebab subjek minor yang kami pilih dah tak sama.

ha yang ni plak member-member masa kat klas..kalau dah berjumpa kat klas tu memang gempak ar jadi group kami sebab masing-masing otak gila-gila....(hehehe)
gambar ni diambil masa program barbeque klas diplomasi..time ni memang happening gila la, sambil makan kami buat hal sampai orang lain ingat kami ni manusia yang tak pernah jumpa makanan agaknya...

mesti korang pelikkan nape aku xmasuk gambar kawan-kawan lelaki... aku bukan tak nak masukan gambar diorang tapi disebabkan blog ni aku lebih mengutamakan kaum wanita so aku decide tak nak masukan gambar diorang...

EXAM OH EXAM

haish exam dah nak stat, tinggal wape ari je lag aku nak exam....tension rasa sbb banyak lagi yang aku tak study..first paper aku pada 31 disember iaitu paper penyelesaian dan pengurusan konflik antarabangsa. aku tak taw nak jawab ape. dah la paper tu paper 3000...susah tu..

dah la lecturer yang mengajar aku tu lecturer dari india, time dia mgajar mak aih dia punya slang ibarat ayam cakap ngan itik jer... lain yang dia cakap lain yang kami tulis...tapi nasib baik lah dia seorang yang penyabar dan baik la jgak..kalau kami tak faham dia mintak kami tanya dia balik..time presentation pun dia cool je, dia dengar je kami present then lepas tu baru dia soal and bagi komen kat kami punya presentation...

aku punya exam abis awal daripada kawan-kawan aku yang lain..hehehe(syoknya)... jangan jelez yer kawan-kawan, aku last paper 12 haribulan januari so malam tu aku chaw balik kampung la..selamat tinggal kawan-kawanku...hehehe.. tak sabar ase nak balik kampung and jumpa family tersayang... 

Saturday 24 December 2011

...special thanz to...

aku nak merakamkan setinggi-tinggi ucapan trima kasih aku kat nurul izzean sebab tanpa ko maka tak wujudlah blog aku ni.. banyak ko tolong aku dari nak buat email, blog and sampai nak tambah gadget-gadget tu semua. dah la banyak masalah yang timbul masa nak buat blog aku ni, tapi nasib baiklah ko ni seorang yang penyabar.

..salam perkenalan u olls...

salam perkenalan buat sesape yang berminat nak buka blog aku ni and yang tak minat pun takpe sebab aku tak kisah...aku seorang yang happy go lucky tp agak blurr dan senang dibuli... tapi jangan lebih-lebih taw sebab sekali aku terasa sampai bila-bila aku akan ingat, aku bukan nak berdendam tapi just faham-faham la hati kita adalah part yang sangat sensitif so tak boleh tercuit sikit pun...

aku still lagi belajar and aku ni student kat satu ipta kat nun utara sana...tak kisahlah orang nak kata aku duduk dalam hutan ke ape ke as long aku hepi blaja kat sana. kos yang aku dapat agak mencabar la tapi aku akan berusaha dapatkan pointer yang baik bersama dengan kawan-kawan yang seangkatan dengan aku.

tujuan aku buka blog ni untuk memudahkan aku mengfollow blog-blog penulis yang aku minat...almaklumlah aku ni minat baca novel sesangat. tak kira sape punya blog asal ada novel aku akan selalu buka..aku punya koleksi novel pun agak banyak tapi dekat umah la. so aku dah tak taw nak tulis apa lagi so tunngu la next entry aku lain kali...<3