Sunday 30 June 2013

~the Red Warrior mengaum malam ni~




akhirnya debaran menanti perlawanan bola sepak malam ni terjawab sudah. keputusannya "kelantan menang".. yessss.. aku bangga jadi anak kelantan. sebelum ni aku minat biasa-niasa je bola ni tapi bila melibatkan perlawanan pasukan Kelantan ku akan minat. bukan "Bias" ok. sememangnya ternyata permainan kelantan malam ni terbaik la walaupun mereka berlawan dengan team yang dipenuhi oleh pemain yang tahap selebriti..

"gomo kelate gomo" masih menjadi trademark pasukan kelantan dan stadium bukit jalil masih dilimpahi dengan gelombang merah. majoriti rakyat kelantan meninggalkan negeri semalam dan berkonvoi menuju stadium bukit jalil untuk memberi sokongan yang tidaj berbelah bahagi kepada The Red Warrior. nampaknya tidak sia-sia mereka pergi ke sana kerana kelantan walaupun hanya dengan mata 1-0.



bangga rasa bila kelantan menang dan rasa bangga jugak sebab dilahirkan di kelantan. tpi yang tak bestnya bila lepas je perlawanan masing-masing mula mengutuk negeri masing-masing. padahal benda ni hanyalah sebuah permainan, kalah dan menang tu adalah adat permainan. so tak patut la perkara ni terjadi. yang tak tahannya sampaikan isu kenegerian di timbulkan. wahai orang-orang Malaysia ingatlah kita ni sama je walau dari negeri mana kita datang. so tak patut la timbulnya isu-isu begitu. 

P/S: kelantan atau johor kita tetap sama

Sunday 23 June 2013

~obsesi dengan korea~

sekarang trend korea ni dah merebak kuat termasuk la dekat Malaysia ni sendiri. aku sendiri pun obses gak dengan korea ni tapi tak de la kuat sangat. aku just minat drama dia, K-show dia dan jugak lagu-lagu dia. artis dia pun ada jugak aku minat tapi sekadar minat je. even kalau diorang datang Malaysia pun aku tak de la teringin nak gi jumpa dorang ke apa ke..

aku kalau tengok rancangan dorang mesti aku gelak sensorang sampaikan adik-beradik aku gelak balik kat aku dan diorang selalu perli aku. antara rancangan yang tengah femes sekarang ni adalah running man. hari ni citer tu kuar kat TV so akak aku yang sulong tengok la citer tu... last-last dia yang gelak lebih-lebih dan aku apa lagi terus ambik peluang nak perli dan gelak kat dia. muahahaha.. dia tak leh nak cakap apa-apa so dia senyum je la.

P/S: sape yang tak tahu running man memang ketinggalan zaman la..

~i'm home~

home sweet home..
akhirnya selepas 3 tahun boleh balik umah dah tak payah fikir fasal benda yang dipanggil esemen, klas, kuiz, midterm dan seangkatan dengannya. buat masa sekarang ni kita enjoy dulu, nak cari kerja pun rugi je sebab nak lama lagi nak start praktikal dah so baik duduk je kat umah. tapi bukan duduk saja-saja ek sebab kena la tolong mak buat kerja kat umah. lagipun mak sekarang ni dah tak berapa sihat n anak dia yang comey lote ni kena la tolong buat keje cikit-cikit.

adik aku plak haha baru nak try keje, sebelum ni dia tak pernah lagi kerja. kita tengok dia boleh bertahan berapa lama..kikiki (bukan mendoakan dia berhenti kerja cuma nampak macam dia tak serius pun dengan kerja tu). aku pulak insyaalah lepas abis praktikal teringin nak join dia kerja (kalau la dia still kerja lagi). sementara nak tunggu konvokesyen ujung tahun depan boleh la aku cari duit poket. lagipun banyak benda nak kena bayar oo..

 lagi satu kalau aku tak kerja mana aku nak cari duit nak tambah koleksi "darling-darling" aku tu.. banyak lagi novel terbaru yang aku belum beli ni. tak sempat nak beli dan tak cukup duit.. hehe. bila balik kampung ni syok sebab nak makan apa pun just bagitaw je mak. mak cakap aku kurus sangat dan dia suruh aku makan vitamin..hehe adik aku pulak dah terlebih besar dari aku ni. agaknya dia yang sedut semua zat-zat aku ni..( sori la mimie termengumpat sikit)

P/S: kena makan banyak-banyak sebelum masuk bulan puasa ni...

Friday 21 June 2013

~malam bersejarah~


 Huh..giler la malam ni, betul-betul giler ni.  Langsung xsangka benda ni berlaku kat aku. Selama 23 tahun aku hidup rasa macam tak percaya pun ada aku buat tindakan drastik ni, and even walau lepas ni orang kata aku bodoh atau akan menyesal aku tak kesah sebab bagi aku semuanya adalah datang dari ALLAh.

Apa tindakan korang kalau tiba-tiba ada lelaki proposed korang untuk jadi girlfriend dia and korang ngan dia dah kenal dalam dalam tempoh beberapa bulan. Rasa-rasa korang akan reject dia macam apa yang aku buat ke atau korang akan terima dia.

Untuk pengetahuan korang aku tolak dia sebab hati aku tak bersedia untuk menerima lamaran dia. Puas aku tanya diri aku sama ada patut ke tak aku terima dia walaupun hati aku tak sedia lagi. Mungkin tindakan aku ni menunjukan bahawa dia sememangnya bukan jodoh yang terbaik untuk aku.

 Biarlah aku tak ada pengalaman bercinta daripada aku mempermainkan perasaan orang.Kalau aku terima dia sedangkan hati aku tak sudi ibarat aku mempermainkan hati dia dan menambah dosa aku je. Aku harap aku akan dapat cinta yang sejati yang betul-betul telah ditakdirkan untuk aku dan dengan cara yang telah disyariatkan dalam islam.

~CINTA SELEPAS KAHWIN ITU ADALAH LEBIH INDAH~ 



P/S: tarikh 20 june ada rahsianya...

Wednesday 19 June 2013

~exam korea~


EXAM KOREA... wah bunyi macam best tapi wuhuuu.. susah woo.. belajar english dulu pun still tak boleh nak kuasai ni kan pulak bahasa korea, tapi nak buat macam mana dah gatal nak pilih bahasa korea sangat.. hambik kau..!!! member-menber lain ambik bahasa sepanyol ke jerman ke arab ke.. kita gatal nak ambik korea..padan muka. actually bahasa korea ni susah sebab huruf dia. huruf dia memang susah nak ingat. macam bahasa lain senang sikit sebab still abjad rumi so still boleh tulis walaupun tak faham apekenda maksud dia.

harap-harap esok boleh jawab dengan baik sebab dah study setakat yang termampu dah. yang member ni pulak orang nak study korea tapi dia melekat dengan novel aku pulak dah...isshh3..!!!. ni penangan novel Sya dan Shah karya Sha Ibrahim la ni. nasib baik aku dah khatam lama dah so tak de la dok teringat nak baca sangat. Cik Liyana oiii jom kita study esok exam ni, dah-dah la baca novelnya.

hehe... walaupun bunyinya macam gedik tapi aku nak cakap juga, esok lastttt payperrr...muahahaha.
 kalau la ada member aku yang taw pasal blog ni and then baca entry mati aku kena gelak kat diorang, dah la ayat ni diorang anti sesangat... nak buat macam mana dah diorang lambat lagi nak balik aku pulak esok dah boleh balik... muahahah (gelak jahat sikit)

untuk pengetahuan korang esok adalah paper last aku untuk sem terakhir dan juga tahun terakhir kat Universiti Utara Malaysia terchenta ni.. lepas ni dah tak de dah kena masuk kelas kena buat assignment, kena berebut bas dan segala-gala benda yang biasa kena buat la kat UUM ni. rasa sedih  la pulak rasa nak tinggalkan tempat ni, tapi bukan sebab sayang kat UUM sangat cuma sayang nak tinggalkan kenangan dengan member-member rapat kat sini.. huhu..

papai korang-korang yang mengenali diri ini kat UUM dan terima kasih kerana sudi menjadi sahabat aku yang terbaik. kenangan kita semua sepanjang 3 tahun kat sini akan menjadi kenangan paling manis kita bersama...

Saturday 15 June 2013

~Novel Review - Sungguh Aku Gilakan Kau~


sinopsis

cinta? bagi Adriana cinta tak membawa apa-apa makna. sikit pun dia tak pernah ada hati nak bercinta. hubungan dengan mana-mana lelaki tak pernah kekal lama. bagi Adrianna, cukup hanya ada Danial sebagai kawan baiknya. Danial yang senantiasa ada setiap masa untuknya, Danial yang cool, suka mengusik, dan juga perasan kacak.!

"Danial! Nasib baik awak ni..."-Adriana
"handsome? Terima kasih.dah lama tahu."-danial
"perasan gila... Dalam mimpi pun awak takkan dengar."-Adriana
:Eh? Awak selalu mimpikan saya ke, Rene? Awak mimpi apa, ek?"-Danial

 Kahwin? Huh! dia bukannya tak laku tapi dia yang tak mahu. Demi memenuhi impian emak, dia merancang sesuatu di luar dugaan. Rancangan yang tak pernah dibuat dek orang! Tapi apa yang dirancang tak seperti yang dia mahukan. Akhirnya rancangan yang diciptanya sendiri telah membuatkan perasaanya berantakan.

Akhirnya rancangannya membuahkan hasil seperti yang diinginkan. Namun, perasaan lain pula wujud menyebabkan hatinya goyah untuk meneruskan nekadnya. Peristiwa demi peristiwa yang dialami menyebabkan dia semakin kuat dengan perasaan itu. 

"Janji dengan saya awak takkan jatuh cinta dengan saya?"-Adriana
"Then awak jangan buat saya jatuh hati dengan awak. Tapi kalau awak yang jatuh hati dengan saya pulak nanti?"-Danial

Bolehkan Adriana mempertahankan kata-kata angkuhnya untuk tidak jatuh cinta kepada Danial? Apa pula akan terjadi kepada hubungan persahabatan mereka berdua? Sungguh! Aku Gilakan Kau akan merungkaikan kemelut kisah mereka...

MY komen

Aku sukakan watak danial kerana seorang yang tidak mementingkan rupa paras bilamana dia sudi berkawan dengan Adriana walaupun diri Adriana pada masa itu agak montel. dia juga sanggup mengenepikan perasaan cintanya kepada Adriana kerana tidak mahu kehilangan hubungan persahabatan mereka. dia telah memendamkan perasaan cintanya terhadap Adriana selama lapan tahun. dia juga amat menjaga Adriana dari segi perhubungan dan juga pemakaian Adriana walaupun dia datang dari keluarga yang open dan bukan islam. Danial juga telah memeluk islam kerana jatuh cinta kepada agama islam walau pada mulanya dia memeluk islam kerana sukakan adriana.

Manakala watak Adriana AKA Rene pula akau suka kerana dia seorang yang menjaga batas pergaulannya walaupun dia tidak menutup aurat secara keseluaruhannya. dia juga amat menyayangi ibunya bilamana dia sanggup berkahwin dengan niat untuk mendapatkan cucu kepada ibunya walaupun dia tidak mempercayai hubungan perkahwinan. namun kadang-kadang sikap Adriana bagi aku agak melampau dan susah mendengar nasihat dari orang lain.

overall bagi aku novel ni aku bagi rating lima bintang, sebab jalan cerita dia best. ceritanya bermula dengan hubungan persahabatan dan seterusnya masuk kepada hubungan perkahwinan antara mereka dan akhirnya wujud perasaan cinta yang mendalam antara mereka. di dalam tempoh awal perkahwinan mereka munculnya pelbagai konflik yang menarik dan menjadi asam garam kepada rumah tangga mereka. disertai juga dengan sifat romantik Danial  dalam meraih cinta Adriana dan sifat keras kepala dan ego Adriana keran tida mahu mengakui perasaan cintanya kepada danial...

P/S: sori tak berapa pandai nak review novel sebab baru nak belajar buat..hehehe

Friday 14 June 2013

~heppi sangat~

akhirnya setelah lama mencari dan menunggu, dapat jugak aku pegang novel-novel idaman hati iaitu novel Mr. Sirap Bandung, Sungguh aku Gilakan Kau, Suami Tak Ku Hadap, Bila Naik Saksi dan jugak Mama Mia Shaza.. 
actually, banyak lagi novel yang aku ada tapi ni antara novel terbaru yang aku dapat.. sekarang tinggal novel Plaboy Itu Suami Aku yang tak dapat lagi, so kena terus mencari la. lpas ni bila la lagi aku boleh beli novel dengan harga diskaun sebab kat kelantan tak ada kedai buku "I Love Novel".. waaa..sedih ase.
ape-ape pun lepas ni aku akan terus mengumpul novel-novel terbaru.



kita masukan gambar yang kat dalam internet je la yer sebab aku malas nak ambik gambar pastu upload sebab gambar sama je pun..
 overall novel-novel yang aku baca ni semuanya best-best. lagipun sebelum beli tu aku dah survey kat blog-blog penulis tu sendiri. so yang mana aku rasa best terus aku beli.. lpas ni aku dah boleh buka kedai buku dah kat umah tu sebab dah banyak sangat koleksi novel aku...hehe
kalau korang yang belum baca aku syorkan korang beli la sebab semuanya best-best tapi mengikut citarasa aku la, orang lain aku tak tau. so selamat membeli yer.

Friday 7 June 2013

~Irene Nadia Marcello~

yeaaay..akhirnya penantian nak tengok baby irene ngan suaminya amirul tercapai. comel giler anak dorang. dah la bibir tebal..hehe bleh jadi macam bibir Angelina Jolie..kekeke (merapu je lebih) 
baby ni lahir pada tarikh yang cantik iaitu 6/6 2013 dan jatuh pulak pada hari israk dan mikraj, semoga baby ni jadi anak yang solehah dan penyejuk hati ibu dan ayah dia. nak tengok tak gambar baby irene.. serius comel


hehe..comel tak comel tak.. first time jumpa blog irene ni terus jatuh hati sebab blog dia banyak info yang menarik. sebelum ni aku banyak follow glog penulis novel je tapi bila secara tak sengaja TERjumpa blog irene ni terus jatuh hati. Irene dengan encik abang dia ni memang sweet couple la. sama cantik sama cute je tengok..hehe.
seriously, bila tengok video dorang kahwin beserta nga cerita percintaan dorang menyebabkan aku rasa nak kahwin awal juga..huhu (padahal gewe pun tak de lagi)
yang paling tak sangka abang irene ni plak kahwin dengan pelakon comey lynda roslan so memang comel la family diorang. nak tengok tak gambar irene dengan husband dia... jom jom jom kita tengok


sweetkan diorang

Sunday 2 June 2013

~kegilaan last utk sem last~

mna lagi dua orang ni..

we all..

candid je..

our love.. our friendship...

muka2 keletihan dah...

anak patung pun nak masuk gambar...

pose meteor garden ke ni..apepun candid taw..

ni tarian india namanya...

UUM kebanggaanku...

sendiri2 punya pose.. aku merenung kelangit la..hehe

kembar siam lapan ni...

lead by our leader..