Sunday 30 June 2013

~the Red Warrior mengaum malam ni~




akhirnya debaran menanti perlawanan bola sepak malam ni terjawab sudah. keputusannya "kelantan menang".. yessss.. aku bangga jadi anak kelantan. sebelum ni aku minat biasa-niasa je bola ni tapi bila melibatkan perlawanan pasukan Kelantan ku akan minat. bukan "Bias" ok. sememangnya ternyata permainan kelantan malam ni terbaik la walaupun mereka berlawan dengan team yang dipenuhi oleh pemain yang tahap selebriti..

"gomo kelate gomo" masih menjadi trademark pasukan kelantan dan stadium bukit jalil masih dilimpahi dengan gelombang merah. majoriti rakyat kelantan meninggalkan negeri semalam dan berkonvoi menuju stadium bukit jalil untuk memberi sokongan yang tidaj berbelah bahagi kepada The Red Warrior. nampaknya tidak sia-sia mereka pergi ke sana kerana kelantan walaupun hanya dengan mata 1-0.



bangga rasa bila kelantan menang dan rasa bangga jugak sebab dilahirkan di kelantan. tpi yang tak bestnya bila lepas je perlawanan masing-masing mula mengutuk negeri masing-masing. padahal benda ni hanyalah sebuah permainan, kalah dan menang tu adalah adat permainan. so tak patut la perkara ni terjadi. yang tak tahannya sampaikan isu kenegerian di timbulkan. wahai orang-orang Malaysia ingatlah kita ni sama je walau dari negeri mana kita datang. so tak patut la timbulnya isu-isu begitu. 

P/S: kelantan atau johor kita tetap sama

No comments:

Post a Comment