Thursday 5 January 2012

...kenangan terbaek exam...hahaha

nak dijadikan cerita masa aku pergi exam paper first untuk sem lepas, terjadinya suatu kejadian yang teramatlah manis...kejadian ni bukan setakat rasa manis je tapi semua rasa masam, pahit masin dan payau pun ada. hehe bukan stakat tu je kejadian ni juga menyebabkan aku terasa malu yang TERAMAT sangat.

mesti korang rasa aku melalut ape ni, bukan nak citer pasal kejadian tu pun..hehe.. aku nak citer la ni. kejadian tu ialah kejadian diamana selipar aku putus masa nak pergi exam...huhu...biasa je citer tukan.. tapi walaupun kejadian tu biasa je tapi meninggalkan kesan yang mendalam juga terhadap aku...

masa on the way nak gi dewan exam lepas turun bas selipar yang aku pakai putus tapi aku ingat still boleh pakai lagi so aku pun buat bodo jelah dan masuk jawab exam macam biasa. selepas aku jawab exam aku pun terasa nak kuar awal la plak malam tu so aku pun angkut la semua perkakas exam aku beserta dengan kertas soalan dan jawapan exam aku untuk dihantar kepada pengawas peperiksaan, tapi  yang tak bestnya selipar aku tu buat hal dan menyebabkan aku tak boleh jalan.

tapi bila dah bangun nak duduk balik mesti dah rasa malu, dah la dewan exam tu dewan besar dan memuatkan ramai pelajar. so dengan muka tak malunya aku cabut selipar aku dan pegang dengan tangan kiri manakala tangan kanan aku plak pegang kertas exam dan perkakas exam aku... masa tu muka aku dah rasa tebal berinci-inci. tapi aku buat bodo je la dan jalan srtaight je, masa sampai dekat kotak untuk letakan kertas exam aku tu ada la sorang pengawas exam yang teramat la hensem... aku ulang balik HENSEM... berada dekat dengan kotak tersebut.

dengan susah payahnya aku nak masukan kertas exam aku tu dalam kotak sebab tangan aku kan penuh, tapi tak masuk-masuk. pengawas exam yang hensem tu maybe dia kesian tengok aku terkial-kial nak masukan kertas tu so dia terus ambik kertas tersebut ari tangan aku dan masukan dalam kotak yang disediakan. aku plak dengan perasaan yang teramat malu tak tengok pun muka pengawas  exam tu dan terus blahhh dari dewan exam... sampai lat luar dewan pun orang still tengok pelik dekat aku sebab kluar berkaki ayam..

hehe...so tu la kejadian yang teramat lah memalukan diri aku. erm.. harap-harap sem ni tak de la kejadian yang memalukan berlaku lagi...<3<3<3  

4 comments:

  1. hahahahahahaha!!!!!!!!!!
    sengal la ko nisa!!!
    aq tak pat bygkn la....^__^v

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...sengal xsengal pun bnda 2 dah jadi... arap2 lpas ni aku dah xjmpa ngan pengawas exam 2...

      Delete
  2. klau psl memory,.simple mana pun still manis. haha! me==>baca n3 simple ni pun boleh senyum sorg2...haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah..terkejut tngok ada org komen entry sye yg xsberapa ni... betul la cik mimi, mula2 rsa malu sngt tp bla dah lma2 akan rasa manis bila dikenang blik...

      Delete