Wednesday 31 July 2013

~keranamu kasut~

Menitis air mata bila menonton satu video ni yang bertajuk KASUT BURUK, video ni dah banyak orang share kat fb. Kerana terpaksa bergilir pakaian sekolah dan kasut dengan adiknya seorang pelajar sanggup dirotan oleh gurunya setiap hari. Kerana nak belajar dia tak kisah bergilir-gilir pakaian. MashaALLah.. Beruntungnya kita kerana semiskin-miskin dan sesusah-susah kita tak pernah lagi sampai kena bergilir pakaian. Bahkan setiap kali raya pun still dapat baju baru walaupun hanya setahun sekali.

Sebelum ni kita banyak merungut sebab tak cukup benda tu la benda ni la tapi pernah tak kita terpikir ramai lagi gelandangan kat luar sana yang merempat sini sana kerana tak ada rumah nak tinggal, tak cukup makanan dan minuman. Anak-anak kecil pulak terpaksa mencari sesuap rezeki dengan meminta sedekah, cuba bayangkan kalau adik kita atau anak kita yang berada ditempat tersebut.. Mesti menangis hiba melihat orang yang kita sayang terpaksa buat macam tu.

Kadang-kadang pihak-pihak tertentu memberi bantuan kat orang2 luar negara kerana masalah kebuluran dan sebagainya sedangkan rakyat sendiri yang merempat. Adakah mereka terlepas pandang atau buat amal sekadar nak cari nama atau publisiti. Tapi bukan semua agensi yang macam, segelintirnya je. Hurm.. tiba-tiba rasa nak nangis je hari ni.

korang jangan baca je entry ni tapi kena tonton gak video ni taw, baru boleh rasa apa yang aku rasa ni.

No comments:

Post a Comment