Friday 22 March 2013

~kehilangan~

Al-fatihah kepada kedua2 orang abang senior aku iaitu arwah abang hafeet n arwah abang amy syahrizal. semoga mereka ditempatkan dalam kalangan orang2 yg beriman, kedua2nya meninggal tanpa sempat memegang skroll ijazah walaupun telah tamat pengajian mereka. rasa sedih je bila dengar berita pemergian mereka dan xtaw kenapa rasa sayu je, terpikir yang masa mereka dah sampai, kita plak xtaw bila so.

berita pemergian arwah abnag hafeet aku terima ketika cuti sem yang lepas. beliau meninggal akibat xcident selepas balik majlis pengebumian arwah ibu beliau. pemergian beliau 2 hari selepas pemergian ibunya. sungguh tragis. banyak memori bersama beliau, kitaorang pernah la lepak bersama dalam 2 3 kali. tambah2 lagi dia adalah ketua kelab fasilitator kami. masa program bakti siswa di perak kitaorang rapat sangat so macam xpercaya bila dapat berita dia dah xde..

manakala berita pemergian arwah abang amy syahrizal plak kitaoarng terima semalam. sebelum ni dia nampak sihat je n langsung xsangka yang dia menghidap masalah jangkitan kuman dalam paru2. dia juga sangat aktif dalam sukan terutama bola sepak. walaupun kitaorang xlah rapat sangat dengan dia, tapi still terasa pemergiannya sbb dia juga adalah salah sorang dari fasi kami.

pemergian diorang berdua ini mengingatkan aku bahawa hidup kita ni singkat je n bila2 masa je ajal kan menjemput kita. terpikir jgak aku adakah amal ibadat aku aku selama ni diterima oleh allah, sempurna ke tidak solat aku, sempat ke tidak aku berbakti kepada kedua2 ibu bapa aku dan macam2 lagi.

No comments:

Post a Comment