Wednesday 19 June 2013

~exam korea~


EXAM KOREA... wah bunyi macam best tapi wuhuuu.. susah woo.. belajar english dulu pun still tak boleh nak kuasai ni kan pulak bahasa korea, tapi nak buat macam mana dah gatal nak pilih bahasa korea sangat.. hambik kau..!!! member-menber lain ambik bahasa sepanyol ke jerman ke arab ke.. kita gatal nak ambik korea..padan muka. actually bahasa korea ni susah sebab huruf dia. huruf dia memang susah nak ingat. macam bahasa lain senang sikit sebab still abjad rumi so still boleh tulis walaupun tak faham apekenda maksud dia.

harap-harap esok boleh jawab dengan baik sebab dah study setakat yang termampu dah. yang member ni pulak orang nak study korea tapi dia melekat dengan novel aku pulak dah...isshh3..!!!. ni penangan novel Sya dan Shah karya Sha Ibrahim la ni. nasib baik aku dah khatam lama dah so tak de la dok teringat nak baca sangat. Cik Liyana oiii jom kita study esok exam ni, dah-dah la baca novelnya.

hehe... walaupun bunyinya macam gedik tapi aku nak cakap juga, esok lastttt payperrr...muahahaha.
 kalau la ada member aku yang taw pasal blog ni and then baca entry mati aku kena gelak kat diorang, dah la ayat ni diorang anti sesangat... nak buat macam mana dah diorang lambat lagi nak balik aku pulak esok dah boleh balik... muahahah (gelak jahat sikit)

untuk pengetahuan korang esok adalah paper last aku untuk sem terakhir dan juga tahun terakhir kat Universiti Utara Malaysia terchenta ni.. lepas ni dah tak de dah kena masuk kelas kena buat assignment, kena berebut bas dan segala-gala benda yang biasa kena buat la kat UUM ni. rasa sedih  la pulak rasa nak tinggalkan tempat ni, tapi bukan sebab sayang kat UUM sangat cuma sayang nak tinggalkan kenangan dengan member-member rapat kat sini.. huhu..

papai korang-korang yang mengenali diri ini kat UUM dan terima kasih kerana sudi menjadi sahabat aku yang terbaik. kenangan kita semua sepanjang 3 tahun kat sini akan menjadi kenangan paling manis kita bersama...

3 comments:

  1. Wah ! daebak . Nisa amek bahasa korea. Ore amek mandarin ari tu pun tlupo abih dah.. hehehe.. tulisan dia payah.

    ReplyDelete
  2. haha..antara mandarin nga korea tulisan dia sene korea ckit sbb mandarin dia ada bnyak maksud dalam 1 perkataan.. korea tulisan dia fixed..

    ReplyDelete
  3. Hi. Sy study kat uum jg. Nak tnya. Mcm mana dgn result exam bhs korea? Okay x?

    ReplyDelete