Friday 21 June 2013

~malam bersejarah~


 Huh..giler la malam ni, betul-betul giler ni.  Langsung xsangka benda ni berlaku kat aku. Selama 23 tahun aku hidup rasa macam tak percaya pun ada aku buat tindakan drastik ni, and even walau lepas ni orang kata aku bodoh atau akan menyesal aku tak kesah sebab bagi aku semuanya adalah datang dari ALLAh.

Apa tindakan korang kalau tiba-tiba ada lelaki proposed korang untuk jadi girlfriend dia and korang ngan dia dah kenal dalam dalam tempoh beberapa bulan. Rasa-rasa korang akan reject dia macam apa yang aku buat ke atau korang akan terima dia.

Untuk pengetahuan korang aku tolak dia sebab hati aku tak bersedia untuk menerima lamaran dia. Puas aku tanya diri aku sama ada patut ke tak aku terima dia walaupun hati aku tak sedia lagi. Mungkin tindakan aku ni menunjukan bahawa dia sememangnya bukan jodoh yang terbaik untuk aku.

 Biarlah aku tak ada pengalaman bercinta daripada aku mempermainkan perasaan orang.Kalau aku terima dia sedangkan hati aku tak sudi ibarat aku mempermainkan hati dia dan menambah dosa aku je. Aku harap aku akan dapat cinta yang sejati yang betul-betul telah ditakdirkan untuk aku dan dengan cara yang telah disyariatkan dalam islam.

~CINTA SELEPAS KAHWIN ITU ADALAH LEBIH INDAH~ 



P/S: tarikh 20 june ada rahsianya...

4 comments:

  1. Wah ! saeng saya. hehe. tapi xpe, apa2 pun saya tetap support kawan2 saya. :D

    ReplyDelete
  2. aduss.. saeng sye taw la plak.. hehe buat malu je..

    ReplyDelete
  3. ish... nk need to shy la saeng ! benda biase. normal. hehe. btw. ore mendoakan yg terbaek utk nisa.. always ! :)

    ReplyDelete
  4. hehe,,tenkiu.. harap amra pun dpat hok terbaik jgak..insyaalah..

    ReplyDelete